Oleh : TS LOO Berikutan kerja-kerja baik pulih giat dijalankan akibat paip utama pecah di belakang Kilang Carlsberg, Persiaran Selangor, maka beberapa kawasan di Shah Alam dan Petaling kini mengalami gangguan bekalan air. Antara kawasan-kawasan yang terbabit termasuk Klang, Shah Alam di Seksyen 21, Seksyen 22, Seksyen 25, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Kampung Kebun Bunga, Kampung Baru Hicom, Subang Mas Batu Tiga, Batu Tiga Shah Alam dan Bukit Kemuning. Kawasan lain pula adalah Bukit Naga, Kampung Lombong, Jalan Kebun, UEP dan USJ Subang, Seksyen 32, Seksyen 33, Putra Heights, Kampung Bukit Lanchong, Kampung Jawa, Bandar Putera, Taman Sentosa, Taman Maznah, Taman Samarind, Taman Batu Tiga, Taman Desa Latania, Taman Desa Kemuning dan Jalan Mohd. Sidin.
Manakala, kawasan yang terlibat di Petaling, termasuk USJ 1 hingga USJ 27, Pinggiran USJ 1 hingga Pinggiran USJ 3, TP 1 hingga TP 7 (Taman Perindustrian UEP), Subang Heights, USJ Heights dan USJ 3A hingga USJ 3D. Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah, bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat dan untuk perkembangnan terkini pengguna boleh mengetahuinya melalui aplikasi telefon bimbit pintar ‘mySYABAS’ dan www.syabas.com.my.- CARI sumber info: www.syabas.com.my
|
26
Bagus |
22
Marah |
22
Terkejut |
14
Sedih |
14
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
prettyuglybabe replied at 29-8-2016 03:15 PM
cilakak... tekujut nak mandi pagi tadi air tak ada..
kentel replied at 29-8-2016 03:58 PM
so tak pegi keje ke?
prettyuglybabe replied at 29-8-2016 04:05 PM
pergi.. nasib toilet bawah air dari tanki..tapi jenuh la kena bawak segala barang turun mandi kat ...
mochi1098 replied at 29-8-2016 08:58 PM
Hampesss
PristineOne replied at 29-8-2016 09:33 PM
We wan shower! We wan shower! We wan shower!! duhh tak larat basah badan dgn ...
prettyuglybabe replied at 29-8-2016 07:15 AM
cilakak... tekujut nak mandi pagi tadi air tak ada..
missinpiece replied at 29-8-2016 06:39 PM
Geram kalau terkena
ADVERTISEMENT