CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulai 9 Oktober, Gangguan Bekalan Air Lagi Di Lembah Klang

2-10-2018 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3341| Komen: 16

Description: Mulai 9 Oktober ini, beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air selama 30 hingga 72 jam.

Ambil perhatian buat penduduk di Lembah Klang.

Mulai 9 Oktober ini, beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air selama 30 hingga 72 jam.


Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Bernama, ini berikutan pihak Syabas akan menjalankan kerja-kerja penambahbaikan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada 9 Oktober, maka loji tersebut perlu dihentikan sepenuhnya. 

Difahamkan, gangguan bekalan air bermula dari 9 Oktober jam 9 pagi sehingga keesokan hari iaitu 10 Oktober jam 3 petang bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat. 

Bagaimanapun pemulihan bekalan air sepenuhnya adalah pada 12 Oktober jam 9 pagi.


Kredit foto: carian internet

Menurut Syabas, sebanyak 10 lori tangki air yang bersaiz besar, 62 lori tangki air yang bersaiz biasa dan 80 tangki air yang tetap akan ditempatkan di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air. 

Selain itu, tujuh Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan beroperasi 24 jam bermula 9 pagi pada 9 Oktober ini untuk sebarang pertanyaan pelanggan.

Pengguna di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sebelum 9 Oktober ini.

Layari laman web rasmi Syabas iaitu www.syabas.com.my untuk mengetahui lebih lanjut berhubung kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.- CARI


14

Bagus
21

Marah
22

Terkejut
30

Sedih
23

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 2-10-2018 12:21 PM
bersiap sedia lah org kl selangor
Quote cik_sssara 2-10-2018 12:37 PM
Huhuuu. Kena jugak. Takpelah, bagitau awal macam ni takpe.
Biasalah tu, cleaning & upgrading untuk kesenangan akan datang.

Ni detail kawasan terlibat & masa gangguan : Syabas
Quote Artemesiaa 2-10-2018 12:51 PM
So simpan ler sesikit banyak mana yang perlu kang balik office 9hb tak ada air tak perlu nak meroyan dah
Quote zidane_ziege 2-10-2018 01:13 PM
Rindu nk dgr masalah air selangor kat tv3..lebih kritikal berbanding 1mdb tu..
Quote jalfa 2-10-2018 01:16 PM
X pe musim hujan..yg rumah bawah boleh tadah ayaq hujan basuh verak
Quote insulin 2-10-2018 01:18 PM
Alamak. Area aku pun terkena daaa.
Quote Foxey 2-10-2018 01:20 PM
alaaa... macam kena je area fox ni...
Quote tobby 2-10-2018 01:24 PM
kincing boley vera x boli ..  so apa solution MB selangor ?  masih nak salahkn najib
Quote giyomi 2-10-2018 04:34 PM
haiyooo...bila nak abis kes air ni kat selangor...sejak ph amik alih kerap sgt isu air jd perhatian.
Quote JerryJemima 8-10-2018 08:14 PM
Edited by JerryJemima at 8-10-2018 08:23 PM

Masing2 dh tadah air belum?
A friendly reminder kawasan Petaling akan ada gangguan sampai 3 hari ye. .

Screenshot_2018-10-08-20-21-30-560_com.google.android.apps.docs.png
Quote slavehunter 8-10-2018 08:26 PM
Omg. Aku dah whatsap family suruh simpan air skrg.
Quote dodolgemok 8-10-2018 08:42 PM
So ada cacai menyesal undi umngok tak?
Quote MarryPottet 8-10-2018 10:08 PM
pihak buletin utama tb3suku ada nak pakai pelakon utk slot drama bersiri masalah air di kl & sgor tak? kalau nak pakai, sila pm aku utk tawaran berlakon. aku free 3 hari ni & aku boleh supply pelakon2 tambahan untuk meramaikan majlis beratur sambil kelek baldi & tong air, sesambil berleter marah kat gomen selangor
Quote supernaturalee 9-10-2018 12:11 AM
Start 9 pg sok
Korg dh ready ke
Quote bomohsiam 9-10-2018 01:47 AM
Rumah tok tak ada dlm list syabas. Datang lah reramai
Quote tobby 9-10-2018 01:51 AM
kasihan...  mcmn org selangor nak basuh vera

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.069941 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top