Oleh : Dean BZ
Seorang pembantu jualan di Kota Tinggi, Zainani Zakaria, 48, mendakwa wajahnya bertukar menjadi lebam dan kehitaman selepas menggunakan sejenis produk krim kosmetik.
Kini wanita terbabit hidup menderita dan turut mengalami tekanan perasaan kerana malu untuk berdepan dengan orang ramai apatah lagi ketika di tempat kerja. Zainani yang bekerja di sebuah pasar raya di sini, mendakwa pernah mencuba produk yang disarankan rakannya tahun lalu, namun mula berhenti memakainya kerana tidak mampu disebabkan harganya yang mahal. Dia kemudian beralih kepada produk kosmetik lain yang lebih murah namun malangnya kulit mukanya mula bermasalah apabila seolah-olah ditumbuhi panau. Mengambil kira nasihat rakannya yang memberitahu ia adalah kesan berhenti guna produk kosmetik yang sebelumnya, menyebabkannya kembali menggunakan produk lama. "Keadaan menjadi bertambah buruk apabila seminggu selepas menggunakan produk lama, muka saya mengalami gatal-gatal dan kemerahan. "Malah kulit muka juga menjadi luka dan berdarah. Sebahagian kecil bulu mata dan kening menjadi putih. Kulit mula menggelupas seperti terbakar," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, ekoran kulit wajahnya yang tidak seperti dahulu, dia pernah memakai topeng mulut ketika bekerja kerana malu berdepan pelanggan yang bertanya mengenai kulit wajahnya. "Saya juga pernah mendapatkan rawatan di klinik pakar kulit tetapi kosnya tinggi menyebabkan saya tidak dapat meneruskan rawatan. "Susulan itu, saya membawa masalah ini kepada pengetahuan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dan menerusi surat balas yang diberikan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Pejabat Kesihatan Johor mengesahkan mengenai aduan kesan sampingan menggunakan produk itu berasas," katanya. Dalam satu kejadian lain bulan lalu, seorang wanita yang dikenali sebagai Ain turut menderita selepas mukanya membengkak dan ditumbuhi jerawat batu selepas menggunakan krim yang dibeli melalui Facebook (FB). - CARI Sumber - BeritaHarian/HarianMetro |
22
Bagus |
21
Marah |
15
Terkejut |
13
Sedih |
16
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mieymiey replied at 18-8-2016 07:16 AM
Orang Melayu dan berkulit putih berpisah tiada
ADVERTISEMENT