CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

The Conjuring [Film By James Wan]

29-7-2013 10:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 40366| Komen: 173



Dikatakan based on real-life case dua ahli paranormal dari USA yg pernah study/siasat sekitar 10,000 kes2 berhantu serata usa dlm era 80an dan 90an.....antara kes diorang yang paling terkenal ialah Amytiville Horror tu....Conjuring ni kes diorang sebelum kes Amytiville....







Terbaru dari James Wan (pengarah kesayangan ummah horror fans) yg buat Insidious kesayangan korang ittew....Actor Patrick Wilson dari Insidious kembali berkerjasama dengan Wan dlm filem ni (kesayangan Wan gamaknya, tapi dia ni mmg best) dan lagi actress kesayangan ai, Vera Farmiga pun turut menyertai filem ini....

Based on a true story, this horrifying tale follows world renowned paranormal investigators Ed and Lorraine Warren who were called upon to help a family terrorized by a dark presence in a secluded farmhouse. Forced to confront a powerful demonic entity, the Warrens find themselves caught in the most terrifying case of their lives.















Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_GAIA 28-7-2013 12:14 PM
kenapa lepas aku post thread ni, bila buat carian kat search masih takde result utk conjuring? apakah search function CARI bermasalah dgn perkataan Conjuring? berhantu kah ? ke thread baru ambik masa utk 'register' dlm search function?
Quote hanna88 28-7-2013 12:49 PM
aku pon cari thread conjuring nape x ada....bess movie ni aku da tgk semalam....seram gak..tp insidious lagi seram hehe
Quote annehuda 28-7-2013 06:26 PM
james wan ni org malaysia lahir kt kuching sarawak lg tu...
Quote cmf_GAIA 28-7-2013 06:46 PM
annehuda posted on 28-7-2013 06:26 PM
james wan ni org malaysia lahir kt kuching sarawak lg tu...

masih org Malaysia ke? dengar2 kata dah lama family dia berhijrah ke Oz
Quote hanakikan 28-7-2013 08:48 PM
Dr segi review citer ni lg byk dapat highly positive drpd insidious 1 tapi dr segi kutipan insidios 1 lg byk untung dr the conjuring.. Dpt 20juta. Insidious dpt 90 juta
Quote gjoy_chester 28-7-2013 08:58 PM
Aku dah tengok pagi tadi..Frankly speaking, Insidious, Mama & The Posession jauh lagi best dari citer ni..Seram tetap seram cuba agak predictable...Starting citer agak slow dan last2 bila part exorcism tu baru best dan mendebarkan...
Quote cmf_GAIA 28-7-2013 10:21 PM
kat US nama ahli paranormal warrens (yg kisahnya difilemkan ini) ni mcm terkenal je.....rupanya aktiviti paranormal pakai alat2 ni mmg wujud dari 70s lagi eh.....
Quote eddlisa_uyuk 29-7-2013 01:48 AM
sbb mmg tak de sapa buka lagi......

bod sendu??? alhamdullilah.....
sendu2 pun newbie laa paling tak reti bahasa nak buka new thread & buat spam2
Quote hanna88 29-7-2013 08:56 AM
the conjuring..hantu2 dia x expose sgt mcm dlm insidious....
part patong budak pompuan tu seram..muka patong tu spooky gk..
part yg aku rase seram mase mak budak2 tu..aku x ingt nama..tetibe blackout dlm bilik bwh tanah
then ada tgn budak kecik tepuk tgn tetibe tuh..
x seram sgt cite nih tp ramai gk penonton menjerit2 terkejot


Last edited by hanna88 on 29-7-2013 08:58 AM

Quote supernaturalee 29-7-2013 12:30 PM
hanna88 posted on 29-7-2013 08:56 AM
the conjuring..hantu2 dia x expose sgt mcm dlm insidious....
part patong budak pompuan tu seram..mu ...

kt pawagam mmg gitu
xseram mana pun, menjerit mcm kena histeria

Quote cmf_GAIA 29-7-2013 01:51 PM
eddlisa_uyuk posted on 29-7-2013 01:48 AM
sbb mmg tak de sapa buka lagi......

bod sendu??? alhamdullilah.....

Kann...ada jugak yg spesis mengaku saja malas nak bukak thread baru, tapi dok sebok promote citer ni kat benang Pee Mak.....mcm2 peel

Tapi xpe la kaka mod, sesendu mana pun bod I tetap akan bersama sampai bila2 selamanya.....nanti ada la musim2 hangat tu....
Quote kekure 29-7-2013 02:11 PM
cmf_GAIA posted on 29-7-2013 01:51 PM
Kann...ada jugak yg spesis mengaku saja malas nak bukak thread baru, tapi dok sebok promote citer  ...

Mohtip cerca bod ni sendu?
Quote takeshi_anwar 29-7-2013 03:52 PM
Aku lebih suka filem ni berbanding Insidious, kalau nak ikut konsep hantu kacau dalam rumah ni. Kalau insidious tu siap masuk alam lain (warna merah tu) aku jadi down tak tau kenapa... tak best hihi.

Tapi akn tggu Insidious Chaopter 2 la jugak.
Quote cmf_GAIA 30-7-2013 02:38 AM
kekure posted on 29-7-2013 02:11 PM
Mohtip cerca bod ni sendu?

err...terlepas kata nyesal lah pulak.... mohon ampun ya mod....
Quote kekure 30-7-2013 09:37 AM
takeshi_anwar posted on 29-7-2013 03:52 PM
Aku lebih suka filem ni berbanding Insidious, kalau nak ikut konsep hantu kacau dalam rumah ni. Kala ...

Insdious 2 nampak cam lagi best je..
Arapnya le
Quote kekure 30-7-2013 09:45 AM
cmf_GAIA posted on 30-7-2013 02:38 AM
err...terlepas kata  nyesal lah pulak.... mohon ampun ya mod....

Tanpa bod ni tatau la mana nak baca review filem Melayu dah
Quote cmf_GAIA 30-7-2013 03:54 PM
The Conjuring(2013): Begini Kalau Nak Buat Filem Hantu
Sumber: http://tontonfilem.blogspot.com/2013/07/the-conjuring2013-begini-kalau-nak-buat.html

James Wan, anak kelahiran Malaysia yang sudah jadi pembikin filem di Amerika mengamuk lagi.


Aku tonton filem ini dengan Lyn dan Reza, kalangan kawan peminat seram tegar aku. B***. Masa dalam tayangan, hanya aku terjerit-jerit, tutup mata, tutup telinga. Lyn dan Reza tonton dengan kool aje. B*** betul! Hahaha.

Ya, aku dah lama tak menjerit menonton filem seram Hollywood. Paling akhir, Sinister (2012) kalau tak silap. Ya, Evil Dead (terkini) atau Cabin in the Woods pun aku tak menjerit. Ah lantaklah, vektor takut kalian punya tahap masing-masing. Yang penting, adakah The Conjuring bagus?

The Conjuring mempunyai satu tujuan penting. Filem ini dibikin oleh seorang pembikin yang percaya dan sayang pada filem seram. Dia juga, James Wan, percaya pada dunia tahyul. Maka dia mengambil filem ini dengan serius (bandingkan dengan Mamat Khalid yang tidak percaya tahyul). Dia mengambil serius (walaupun kita diberikan ruang untuk berintepretasi) dengan pasangan Warren menyiasat sesebuah kes seram. Ed dan Loraine Warren benar-benar wujud. Francais Amytaville tidak akan ada jika mereka tidak ada (dan kerana itu juga dianggap kontroversi dan mereka dituduh menipu kerana penduduk rumah itu sekarang menyatakan tidak ada hantu), filem bodoh The Haunting of Conneticut tidak akan ada (buku yang didasari oleh filem itu lebih menakutkan, serius), serta Poltergeist yang Zelda Rubinstein merupakan watak "medium" (pembicara: bomoh) yang berdasarkan kepada Lorraine Warren. Mereka demologis, pengkaji dunia tahyul dan hantu syaitan.

Filem ini terpecah kepada dua, kita akan mengikuti keluarga Warren dan Perron (rujuk memoir House of Darkness House of Light) yang tipikal dalam mana-mana filem rumah berhantu. Konsep yang digunakan  ialah gaya 1970-an, jadi mereka yang biasa dengan Repulsion, Rosemary's Baby, dan The Exorcist seakan-akan berasa dibawa kembali rasa itu, khususnya dalam sorotan kamera ke hadapan dan belakang (sebenarnya, Ti West sudah jauh ke hadapan dengan sikap menghomaj filem seram era ini dengan filem klasiknya, The House of the Devil yang sangat baik). Kemudian, James dan John Leonetti membawa suatu lagi hal menarik dalam syot apabila menggunakan gaya tunjang terbalik dalam beberapa bahagian syot, seakan-akan, bukan sahaja perspektif kepala kita mendongak terbalik (ingat Pee Mak, Pontianak Harum Sundal Malam?) memerhatikan perspektif yang melanggar bilazim (hal ini menarik kerana James seakan-akan mengutip semangat Nusantara-Asia Tenggara melihat "hantu" bilamana kita perlu mendongak untuk melihat "hantu") terhadap realiti hidup yang dipaparkan, juga menjadi kefahaman tersirat mengenai alam hantu/setan yang melanggar konvensional pegangan Warren (mereka Kristian Katolik).


Hal ini diikatkan lagi dengan objek yang sengaja memainkan corak "pusingan". Di sini, James Wan, mungkin masih belum dapat mencipta sesuatu yang asli, namun berjaya menampakkan, setelah Jacques Tourneur, Alfred Hitchcock, Robert Wise, Mario Bava, Alejandro Amenabar, dia juga tahu bermain "silap mata" dalam mainan bayangan, gerak syot, detik untuk kejutan, tempo dan pembinaan suspens yang adipakar. Semua ini dimainkan dengan cantuman imej-suara-suntingan yang persis dan setajam pisau. Menariknya, kresendo ngerinya terbina dan terbina, makin lama menghimpit dan menyesakkan, tidak memberi penontonnya masa untuk menghela nafas sehingga akhir, mahupun pada detik kredit akhir hendak dimainkan. Memang, kita tidak akan tertakut dalam beberapa babak jika sudah biasa dengan filem seram. Aku khususnya dalam bahagian "pengacauan" detik tiga pagi apabila pintu terbuka dan lain-lain. Namun, setelah segala "ketakutan" yang diberikan oleh pengarah, kini, dalam satu babak apabila si polis hendak mengambil air di dapur, kita diperlihatkan dengan syot si polis mendepani tingkap kosong yang di hadapannya hanya hitam. Cue lagu mengacau. Kita sudah mula resah di tempat duduk. Ini babak seram yang seram tanpa perlu melibatkan kejutan, hantu, ataupun pembunuh berpisau.

Filem ini juga digerakkan dengan semangat "main sorok-sorok" dan "tepuk". Bahagian ini penting. Filem ini bukan sahaja menggerakkan cerita dengan mainan kanak-kanak (yang menakutkan) ini sebagai plot (untuk menjumpai sesuatu) tetapi menjalar pada jalinan teknik "menyorok" dan "tepuk" yang akan digunakan sekali lagi dan sekali lagi sebagai bahan pengajian "untuk menakutkan penonton" dan juga tersirat sebagai naratif besar filem berkenaan "pencarian" dan "sorok". Manusia "mencari" sedangkan hantu/setan "menyorok". Wan mahu kita sama-sama "bermain sorok-sorok" dengannya, sama-sama menjadi "pencari" seperti Ed dan Lorraine Warren mencari "sorokan" hantu, yang juga akhirnya akan sampai pada tahap "sorok jiwa", segalanya menjelaskan kefahaman yang makin lama makin besar jalinannya. Malah, klimaks filem ini turut menampilkan hal ini secara fizikal dan juga "spiritual", memberikan suatu peleraian yang begitu kompleks susunannya dan puas akhirnya.

Sorok ini juga terikat dengan "barang simpanan" dalam rumah Warren sebagai "muzium puaka" mereka "menyimpan segalanya yang berpuaka". Hal yang sekecil dan biasa-biasa ini akhirnya menyampaikan suatu yang besar juga jika diteliti: Warren, walaupun mereka pelik dan melakukan kerja pelik, mereka melakukan kerja mereka mengikut penentuan sekular, dunia "puaka" disorokkan (apabila penjelasan sorokan berkenaannya selesai) daripada anak mereka (dia tidak perlu tahu) dan sepatutnya disimpan begitu. Mereka hidup dalam keadaan "normal". Hantu-hantu tidak disebut, menjadi "barang" tersimpan dan "dilupakan".

Segala ini terikat cantik sebagai sebuah filem "hantu" dan "berhantu". Memang, terletak pada penghakiman
penonton untuk mempercayainya, dan tidak salah jika mereka masih tidak terbuka daripada sorokan seram itu.

Aku tidak berapa dengan gaya runut bunyi filem ini, walaupun terdapat momen-momen magik yang mengikut perut kita dengan drama takutnya, ia terlalu merebak pada setiap babak, seakan-akan kita menonton sebuah melodrama seram (dan sememangnya pun!). Terdapat satu babak akhir mana, dengan bantunan muziknya, meningkatkan emosi "sedih", satu-satunya yang berlaku dalam filem seram, dan hal ini menarik berlaku dalam sebuah filem seram. Para pelakonnya juga hebat. Aku mengagumi Vera Faminga dan Lili Taylor dalam filem ini, menampilkan peranan mereka sebaiknya sebagai si "pencari" dan si "penyorok" yang menarik. Terdapat beberapa homaj tinggi terhadap beberapa filem rumah hantu, namun jelas, Wan juga tidak melupakan tanda tangan patung puakanya pada beberapa bahagian penting filem.

Manusia dalam filem ini penting, dan kemanusiaan yang diberikan oleh penulis skrip Chad dan Carey Hayes cukup memikat, mengikat para pelaku dalam filem sebagai manusia biasa yang dikejutkan dengan sesuatu yang mereka tidak dapat fahami. Mereka hanya ada "kasih-sayang" dan ini unsur penting, seperti yang disampaikan dalam Poltergeist. Kesemua pelakon kanak-kanaknya terbaik, dan takut dan sedih, celoteh mereka jujur. Mereka menjadikan penonton turut takut dan bersimpati, sekali lagi, mengikat diri dengan The Exorcist.

Filem ini ada semuanya, humor, seram, drama dan suspens. Memang ia tidak dapatlah menyampaikan makna falsafah tinggi seperti The Exorcist, namun dengan penelitian teknik dan jiwa berkenaan makna rumah berhantu, menghantui dan ditakutkan dalam kotak, bilik, dan almari, ia menyampaikan jiwa seram yang terpencil namun jelas: setiap ruang dan objek mempunyai jiwa, kita, manusia membinanya.

Wan seorang ahli silap mata yang juga tidak takut untuk menonjolkan arnab sebalik topi, tetapi memberi makna kenapa arnab dikeluarkan dan kenapa disorokkan dalam topi.

Antara filem seram terbaik tahun ini dan dijangka menjadi klasik.
Quote lasagnaklcc 30-7-2013 07:38 PM
Baca review pnjg lebat atas ni pening rasa

Kalau best nak gi tgk la nnt
Quote philipinoe2 30-7-2013 09:45 PM
mcm x seram je....



lagi seram cite MAMA (scene2 sblm part last MAMA klua tunjuk muke )

Lihat semua komen(173)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:11 PM GMT+8 , Processed in 0.047113 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top