Oleh : TS LOO Satu struktur piramid dikatakan menyerupai Piramid Djoser di Mesir yang berusia lebih 3,000 tahun telah dijumpai oleh pakar arkeologi dan saintis dari Institut Arkeologi Saryarkinsky di sebuah kawasan terpencil di Kazakhstan. Memetik laporan Portal Mail Online, struktur piramid berkenaan dijumpai pada tahun lalu di daerah Shet, wilayah Karaganda, tengah Kazakhstan dan ianya dipercayai dibina 1,000 tahun lebih awal berbanding piramid terkenal dunia di Mesir. Menurut Ahli arkeologi, Viktor Novo-zhenov, kerja-kerja menggali dan meneroka akan dimulakan di ruang kawasan makam utama bagi membongkar misteri kewujudan piramid berkenaan dalam masa terdekat.
Tambahnya, pembinaan tapak piramid itu difahamkan untuk seorang ‘firaun’ atau pemimpin puak tempatan. Menurut laporan juga, ianya mempunyai 27 struktur binaan dari zaman yang berbeza dengan susunan berbatu setinggi lima tingkat serta sebuah makam sepanjang hampir tujuh meter. Selain Mesir, negara-negara seperti Mexico dan China juga terdapat penemuan struktur piramid. Piramid Djoser adalah struktur sejarah yang amat berharga dan ditemukan di tapak purba Saqqara serta dibina 2,700 sebelum Masihi untuk Firaun Djoser.- CARI sumber info: www.dailymail.co.uk |
16
Bagus |
22
Marah |
18
Terkejut |
22
Sedih |
26
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT