CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akibat Niat Baik Remaja Norway, Ukiran Batu Bersejarah 4000 Tahun Dirosakkan!

8-8-2016 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6382| Komen: 16

Description: Disebabkan ingin membolehkan pelancong lebih jelas menghayati sebuah ukiran batu yang dijumpai pada zaman silam, seorang remaja dari Norway yang dikatakan berniat baik telah bertindak mengadakan 'peng ...
Oleh : TS LOO



Disebabkan ingin membolehkan pelancong lebih jelas menghayati sebuah ukiran batu yang dijumpai pada zaman silam, seorang remaja dari Norway yang dikatakan berniat baik telah bertindak mengadakan 'pengubahsuaian' ke atas ukiran batu itu. 


Akibatnya peninggalan zaman silam yang mempunyai 4000 tahun sejarah tersebut telah dirosakkan buat selama-lamanya.

Ukiran batu yang mengalami kerosakan itu terletak di sebuah pulau Castro yang berada di luar Nordland, pihak berkuasa tempatan masih belum mengumumkan identiti sebenar individu yang merosakannya.


Ukiran batu berusia 4000 tahun telah dirosakan oleh remaja 



Paparan gambar jelas kelihatan ukiran batu yang berbentuk 'seorang pemain ski' yang asalnya berwarna merah telah menjadi warna putih seperti karya lukisan pelajar sekolah rendah. 

Malangnya apa yang diubahsuai oleh remaja itu sudah tidak dapat lagi diperbaiki semula untuk menjadi seperti ukiran yang asal. 

Dengan nada mengeluh, datuk bandar berkata ini adalah satu tragis yang amat menyedihkan! Ia adalah peninggalan sejarah yang paling terkenal di Norway.

Difahamkan, terdapat sembilan jenis batu ukiran piktograf yang sama dalam pulau tersebut, termasuk pemain ski, kapal, ikan paus dan sebagainya. 

Manakala piktograf mengenai pemain ski pernah digunakan ketika Sukan Olimpik Musim Sejuk di Norway pada tahun 1994.- CARI 





sumber info: www.telegraph.co.uk
18

Bagus
10

Marah
12

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (88 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oppol 8-8-2016 07:17 PM
Cuma ukiran pada batu...
Quote manehnya 9-8-2016 09:21 AM
ermm.. x ada kawalan sekuriti ka atas batu tu.. ataupun notis
Quote -electrifying- 9-8-2016 11:15 AM
Apa punya perangai daaa
Quote Artemesiaa 9-8-2016 12:11 PM
Sebab tu kena berfikir panjang sebelum buat sesuatu teruja sangat nak terangkan terus jadi merosakan
Quote Emperor95 9-8-2016 01:56 PM
Baik betul niat dia.
Quote @chik 9-8-2016 11:04 PM
Haduii.. gatai tangan bdk ni
Quote WeAiNe 10-8-2016 07:14 AM
adeiii niat baik tapi salah tempat lah adik
Quote lorelai 10-8-2016 07:31 AM
Haha xdr kawalan sbb slalunta org dia x gatal tangan....
Quote binatang 10-8-2016 10:00 AM
Sebat jer dua tiga kali
Quote binatang 10-8-2016 01:14 PM
lorelai replied at 10-8-2016 07:31 AM
Haha xdr kawalan sbb slalunta org dia x gatal tangan....

Itulah padahnya suka syok sendiri konon tak ada bahalol di tempat sendiri
Quote binatang 10-8-2016 01:14 PM
Budak bodoh
Quote MekArchana 17-8-2016 01:12 AM
'Baik' lah sangat niat budak tu pun. Choyyy! Menyusahkan orang lain adalah.
Quote nh83 17-8-2016 11:37 AM
teringat cite mr bean merosakkan lukisan monalisa kihkihkih..
Quote kambeng_masam 17-8-2016 08:04 PM
alaaa...entah2, 4000 tahun yang lepas pun, ada sorang remaja zaman purba buat kesilapan yang sama re draw lukisan tu...now budak ni renew jelah...hehe
Quote cikcikebom 18-8-2016 01:53 PM
Cuma ukiran pada batu...
Quote ecstatic 18-8-2016 04:38 PM
hahahahahah kesian niat baik disalahertikan..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.152099 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top