View: 4918|Reply: 12
|
Struktur Piramid Lebih 3000 Tahun Dijumpai Di Kazakhstan
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/
Satu struktur piramid dikatakan menyerupai Piramid Djoser di Mesir yang berusia lebih 3,000 tahun telah dijumpai oleh pakar arkeologi dan saintis dari Institut Arkeologi Saryarkinsky di sebuah kawasan terpencil di Kazakhstan.
Memetik laporan Portal Mail Online, struktur piramid berkenaan dijumpai pada tahun lalu di daerah Shet, wilayah Karaganda, tengah Kazakhstan dan ianya dipercayai dibina 1,000 tahun lebih awal berbanding piramid terkenal dunia di Mesir.
Menurut Ahli arkeologi, Viktor Novo-zhenov, kerja-kerja menggali dan meneroka akan dimulakan di ruang kawasan makam utama bagi membongkar misteri kewujudan piramid berkenaan dalam masa terdekat.
Tambahnya, pembinaan tapak piramid itu difahamkan untuk seorang ‘firaun’ atau pemimpin puak tempatan.
sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/
Menurut laporan juga, ianya mempunyai 27 struktur binaan dari zaman yang berbeza dengan susunan berbatu setinggi lima tingkat serta sebuah makam sepanjang hampir tujuh meter.
Selain Mesir, negara-negara seperti Mexico dan China juga terdapat penemuan struktur piramid.
Piramid Djoser adalah struktur sejarah yang amat berharga dan ditemukan di tapak purba Saqqara serta dibina 2,700 sebelum Masihi untuk Firaun Djoser.- CARI
sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/
sumber foto: http://www.dailymail.co.uk/
sumber info: www.dailymail.co.uk
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak pulak tejumpa benda ni lately semalam rasanya di Peru kalau tak silap yg tu dah berusia 3,000 tahun lagi lama |
|
|
|
|
|
|
|
BertaMBAH SEMANGAT GENG PIRAMID MOLOYU
kita punya lagi special...dilingkungi sinar plasma tv dan dijaga ketat jin ifrit |
|
|
|
|
|
|
|
wah lg lama dr piramid djoser tu |
|
|
|
|
|
|
|
why wonder?
biase la tu jumpe benda2 gitu
zaman dulu takkan nak jumpa bangunan kondo 40 tingkat pulak |
|
|
|
|
|
|
|
wah lg lama dr piramid djoser tu |
|
|
|
|
|
|
|
memiramid la keje semua org pasni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat mesia piramid selalu dijumpai di waktu malam.....duduk lepak kedai mamak mencari downline.
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman dulu piramid tu macam bangunan biasa agaknya |
|
|
|
|
|
|
|
tembok besar yg pertama ditemui di indon, ok. |
|
|
|
|
|
|
|
kat msia pn ada kan satu pramid ni..
kat dpn sunway tuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|