CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berhijab Main Bola Tampar Pantai Jadi Viral

17-8-2016 02:43 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8431| Komen: 10

Description: Ketika perlawanan, satu gambaran yang cukup unik akibat perbezaan pemakaian yang ketara antara kedua-dua pasukan diperlihatkan, sekali gus menjadi viral di media sosial dan menjadi bahan hangat diperk ...
Oleh : TS LOO


sumber foto: www.news18.com


Dalam pertandingan pembukaan bola tampar pantai kategori wanita yang berlangsung di Olimpik Rio 2016 baru-baru ini, pasukan dari Mesir yang berpakaian baju berlengan panjang dan berseluar panjang serta bertudung, seluruh badan ditutup penuh atau apa yang disebut sebagai berhijab.

Manakala pasukan lawannya dari Eropah seperti Itali, Jerman dan lain-lain pasukan dari barat semua pemainnya berpakaian bikini yang memperlihatkan tubuh badan banyak terdedah. 


sumber foto: www.news18.com



Ketika perlawanan, satu gambaran yang cukup unik akibat perbezaan pemakaian yang ketara antara kedua-dua pasukan diperlihatkan, sekali gus menjadi viral di media sosial dan menjadi bahan hangat diperkatakan bagi temasya olimpik kali ini. 

Rata-rata peserta Mesir kelihatan kecewa dengan media barat yang memberi tumpuan yang terlampau sehingga menimbulkan gangguan buat pasukan mereka. 


sumber foto: www.news18.com

Salah seorang peserta Mesir menjelaskan bahawa mereka berhijab kerana mereka seorang muslim dan tidak menghalang keinginan mereka untuk mengambil bahagian di temasya terbesar ini.  

Cara pemakaian untuk acara bola tampar pantai kategori wanita, sebelum ini adalah berpakaian bikini atau berpakaian baju renang. 

Namun, bermula olimpik kali ini, bagi membolehkan aktiviti sukan boleh diterima oleh pengamal agama dan budaya yang berbeza, pertubuhan bola tampar antarabangsa telah melonggarkan syarat-syarat cara pemakaian yang ditetapkan. 

Antaranya membenarkan pemain memakai seluar pendek, baju yang tiada lengan atau berlengan panjang dan baju pelindung seluruh badan.- CARI


sumber foto: www.news18.com/news/
11

Bagus
11

Marah
15

Terkejut
17

Sedih
15

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 17-8-2016 02:50 PM
yg ptg masuk pertandingan.. sama2 bersaing nak menang.
Quote zulka 17-8-2016 03:00 PM
sebab kalah la jadi tak puas hati...alasan...
cuba kalau menang...lain pula katanya
Quote Artemesiaa 17-8-2016 03:23 PM
Jangan pakaian atau pandangan media dijadikan alasan kalau betul2 hebat pakai sebegitu pun tetap boleh menang kalau tak hebat tetap kecundang juga
Quote zulka 17-8-2016 03:43 PM
Artemesiaa replied at 17-8-2016 03:23 PM
Jangan pakaian atau pandangan media dijadikan alasan kalau betul2 hebat pakai sebegitu pun tetap bol ...

mcm peserta lompat tinggi kita la, bagi alasan hilang tumpuan disebabkan ussain bolt...
memalukan je

Quote Emperor95 18-8-2016 09:19 AM
Yang penting semangat kesukanan.
Quote cikcikebom 18-8-2016 01:49 PM
Yang penting semangat kesukanan.
Quote hellblazer666 19-8-2016 11:11 AM
Quote MamaMima711 22-8-2016 08:29 AM
Aku smpai skang x faham nape nk main bola tampar pantai kena brbikini.sbb panas?pakai short pun dh kira ok.eksploitasi sgt
Quote degrandlite 22-8-2016 09:34 AM
Itulah keistimewaan wanita muslimah, dirinya terpelihara. Kadang dengan undang2 pemakaian dalam sukan2 yang terdedah menjadi penghalang buat wanita muslim untuk turut serta.

Quote harisanis 23-8-2016 10:46 PM
main bola tampar kat daratan tp peraturan pakaian mcm ..........

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.057974 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top