Oleh : TS LOO Kerajaan telah membatalkan 68 pasport rakyat Malaysia yang menyertai kegiatan Daesh di negara-negara terlibat dengan militan itu.
Demikian yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor, kelmarin. Tambah beliau, pembatalan itu berkuat kuasa dua minggu lalu selepas mendapat arahan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. "Jika mereka pulang ke negara ini, tindakan perundangan akan diambil terhadap mereka mengikut Akta Imigresen." Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno turut memaklumkan dalam ucapannya, terdapat dua keluarga iaitu di Shah Alam dan Ipoh, Perak, bertindak menjual rumah, restoran dan kereta masing-masing untuk menyertai perjuangan militan Daesh di Syria.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang menjejaki lapan butir bomtangan yang dipercayai masih berada di tangan militan Daesh di negara ini. Beliau berkata, dua daripada 10 bom itu telah digunakan dalam serangan disebuah pusat hiburan di Puchong, pada Jun lepas. Tambah Ahmad Zahid, isu membabitkan militan Daesh bukan satu pengalihan atau sengaja diadakan untuk menakutkan rakyat kerana ia adalah ancaman sebenar. - CARI |
2
Bagus |
8
Marah |
3
Terkejut |
5
Sedih |
5
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno turut memaklumkan dalam ucapannya, terdapat dua keluarga iaitu di Shah Alam dan Ipoh, Perak, bertindak menjual rumah, restoran dan kereta masing-masing untuk menyertai perjuangan militan Daesh di Syria.
-electrifying- replied at 9-8-2016 02:30 AM
Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa
torsotiger replied at 9-8-2016 01:21 PM
korban tidor nak renew passport
ADVERTISEMENT