Oleh : TS LOO Kelmarin, pada hari pembukaan Olimpik Rio 2016 menyaksikan tiga rekod dunia tercipta, antaranya Australia merangkul dua emas dan perenang Hungary, Katinka Hosszu menamatkan penantian negaranya untuk memenangi pingat emas.
Hosszu, juara dunia lima kali, namun gagal meraih sebarang pingat dalam tiga Olimpik terdahulu, membuktikan kejaguhannya dengan melakar rekod dunia menerusi kepantasan 4 minit 26.36 saat dalam 400 meter rampaian individu wanita.
Dia memecah rekod lama milik Ye Shiwen dari China yang dicatat di Olimpik London, empat tahun lalu. Dalam acara 100m kuak dada lelaki, perenang Britain, Adam Peaty berjaya memecah rekod selepas mencatat masa terpantas 57.55s mengatasi tempoh terdahulu 57.92s yang juga miliknya dalam perlumbaan separuh akhir. Peaty muncul atlet lelaki Britain pertama memenangi emas Sukan Olimpik selepas kali terakhir meraihnya pada 1988 menerusi perenangnya, Adrian Moorhouse dalam acara 100m. Manakala, dalam acara 4x100m gaya bebas berganti-ganti wanita, Australia yang dianggotai Emma McKeon, Brittany Elmslie serta adik-beradik Bronte dan Cate Campbell memperbaiki rekod dunia dengan catatan 3:30.65s berbanding 3:30.98s sebelumnya yang dilakukan negara itu pada Sukan Komanwel 2014 Glasgow. Kemenangan Mack Horton dalam acara 400m gaya bebas lelaki menghadiahkan emas kedua buat Australia, sekali gus meletakkan mereka mengungguli pungutan pingat buat seketika. - CARI sumber info: Reuters
|
5
Bagus |
4
Marah |
6
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT