CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2396|Reply: 4

Olimpik 2016: Tiga Rekod Dunia Tercipta Di Kolam Renang!

[Copy link]
Post time 8-8-2016 09:34 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO





Kelmarin, pada hari pembukaan Olimpik Rio 2016 menyaksikan tiga rekod dunia tercipta, antaranya Australia merangkul dua emas dan perenang Hungary, Katinka Hosszu menamatkan penantian negaranya untuk memenangi pingat emas.




Katinka Hosszu meraikan kejayaan meraih emas bersama rekod baharu dunia.




Hosszu, juara dunia lima kali, namun gagal meraih sebarang pingat dalam tiga Olimpik terdahulu, membuktikan kejaguhannya dengan melakar rekod dunia menerusi kepantasan 4 minit 26.36 saat dalam 400 meter rampaian individu wanita.


Dia memecah rekod lama milik Ye Shiwen dari China yang dicatat di Olimpik London, empat tahun lalu.




Adam Peaty dalam separuh akhir 100m kuak dada berjaya memecah rekod dunia






Dalam acara 100m kuak dada lelaki, perenang Britain, Adam Peaty berjaya memecah rekod selepas mencatat masa terpantas 57.55s mengatasi tempoh terdahulu 57.92s yang juga miliknya dalam perlumbaan separuh akhir.


Peaty muncul atlet lelaki Britain pertama memenangi emas Sukan Olimpik selepas kali terakhir meraihnya pada 1988 menerusi perenangnya, Adrian Moorhouse dalam acara 100m.


Manakala, dalam acara 4x100m gaya bebas berganti-ganti wanita, Australia yang dianggotai Emma McKeon, Brittany Elmslie serta adik-beradik Bronte dan Cate Campbell memperbaiki rekod dunia dengan catatan 3:30.65s berbanding 3:30.98s sebelumnya yang dilakukan negara itu pada Sukan Komanwel 2014 Glasgow.


Kemenangan Mack Horton dalam acara 400m gaya bebas lelaki menghadiahkan emas kedua buat Australia, sekali gus meletakkan mereka mengungguli pungutan pingat buat seketika. - CARI





sumber info: Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2016 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan ada yang kantoi ambil steroid nanti sudahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2016 01:23 PM | Show all posts
Seronok tengok muda2 ramai yang bukan sekadar jadi juara tapi berjaya mencipta record baru kejohanan.  Nampak kerdilnya negara kita berbanding mereka2 ni.  Puncanya rakyat Malaysia sendiri pun kurang nak memupuk minat agar anak2 mereka minat bersukan dan berjaya dalam bidang sukan berbanding dalam bidang hiburan atau pelajaran.  Kalau ada 1-2 kerat yang berjaya pun atas usaha dan pengorbanan keluarga mereka sendiri pada mulanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 11:12 AM | Show all posts
TAHNIAH UOLSS!
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 09:40 PM | Show all posts
bila lah  mesia nak menang emas olimpik...

tak yah pecah rekod... menang gold je cukup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.467897 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list