Oleh : TS LOO
sumber foto: mstar Esok hari Sabtu tepat 7 pagi waktu Malaysia bakal berlangsung majlis pembukaan temasya sukan yang terbesar di dunia iaitu Sukan Olimpik Rio de Janerio 2016. Empat sukan pilihan menjadi fokus utama buat negara kita untuk mencapai impian emas dalam Sukan Olimpik yang sebenarnya telah bermula hari ini. Antara empat sukan di mana Malaysia mempunyai peluang yang baik untuk berjaya adalah memanah, badminton, berbasikal dan menyelam. Bagaimana pun harapan terbaik masih terletak pada badminton yang merupakan sukan gemilang bagi Malaysia. Bagi pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, ia adalah peluang terakhir beliau untuk mendapatkan emas Olimpik pertamanya.
Beliau merupakan pemenang pingat perak dua kali iaitu ketika di Beijing 2008 dan London 2012. Chong Wei mengakui beliau bercita-cita untuk membawa pulang emas pada Rio 2016. Beliau akan menjadi pembawa bendera Malaysia dalam majlis perasmian hari ini waktu tempatan Rio de Janerio. Sama-sama kita memberi sokongan padu dan mendoakan kejayaan buat semua atlit negara kita yang berjuang salam temasya terbesar di dunia ini.- CARI |
2
Bagus |
18
Marah |
21
Terkejut |
6
Sedih |
13
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
513172 replied at 5-8-2016 03:14 PM
hopefully DLCW dpt emas then bole bersara dgn bangga
oppol replied at 5-8-2016 11:35 PM
Acara baru kot..
shi_jewel replied at 5-8-2016 11:38 PM
Mnyelam di bermuda triangle kot...sape x hilang kira pmenang
oppol replied at 5-8-2016 10:20 AM
Semoga emas dari chong wei.
Chong wei!Chong wei!Chong wei!!
ADVERTISEMENT