BERMULA 1 September ini, syarikat Universal Music Malaysia (Universal) bakal mengambil alih syarikat rakaman, EMI Music (EMI) secara rasminya. EMI pernah menaungi beberapa seniman dan legenda terkenal seperti Sudirman, P.Ramlee, Saloma Sharifah Aini, Ela dan ramai lagi. Menurut wakil Universal, Mujahid Abd Wahab, pihaknya cuba mengembalikan nostalgia yang ada dengan mengekalkan syarikat rakaman tersebut. "Secara globalnya, Universal sudah membeli EMI. Di beberapa negara seperi Taiwan, Hong Kong dan Malaysia, EMI itu ada sejarah. "Jadi, pihak label sudah membuat keputusan untuk tidak menutup EMI sebaliknya kami akan mengembangkannya," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada majlis Iftar Ramadan bersama artis-artis Universal, malam tadi. Tambahnya, "P.Ramlee dulu di bawah naungan EMI. Jadi, kami cuba untuk mengembalikan nostalgia yang ada." Pada tahun 2008, EMI telah diambil alih oleh syarikat rakaman kumpulan Warner Music (WMG). "Bermula 1 September ini, EMI akan menguruskan artis naungan di Malaysia yang sebelum ini dikendalikan Rumpun Malaysia (Rumpun)," katanya. Beberapa artis yg dibawah naungan Rumpun sebelum ini ialah Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Betty Benafe, 6ixth Sense dan Pretty Ugly.
|
ADVERTISEMENT