Oleh : TS LOO sumber foto: google image
Bank OCBC dari Singapura mengeluarkan kenyataan mengingatkan orang ramai, jangan terperdaya sekiranya menerima panggilan telefon yang menyamar mengguna nama bank OCBC. Menurut laporan media Singapura, bank OCBC memaklumkan, sejak bulan April sebanyak 1200 laporan telah diterima yang mengatakan ada pihak menyalahguna nama bank OCBC dengan menelefon mereka untuk mendapatkan nombor kad pendaftaran, nombor akaun bank, nombor kad kredit dan lain-lain maklumat berkaitan. Antara 1hb sehingga 17hb Julai ini, bank terbabit telah menerima lebih 1,000 laporan komplain. Difahamkan, kebanyakan orang awam yang menerima panggilan telefon, selain kedengaran mesej yang disiarkan dalam sistem pertuturan secara automatik dan akan juga meminta mereka menekan beberapa butang nombor mengikut arahan yang diberi.
Pegawai bank yang menyamar itu kebanyakannya akan mengguna berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. Sehubungan itu, pihak Bank OCBC menegaskan lazimnya mereka akan menelefon pelanggan dalam bahasa Inggeris kecuali diminta oleh pelanggan untuk guna bahasa yang lain. Selain itu, Bank OCBC turut memaklumkan, dalam panggilan telefon, pihak banknya tidak pernah meminta maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor kad kredit, kod rahsia akaun bank dan sebagainya. Orang ramai sekiranya terima panggilan yang mencurigakan adalah diminta segera letak gagang telefon dan hubungi bank yang berkaitan serta membuat laporan polis di balai polis yang berdekatan.- CARI |
ADVERTISEMENT