Oleh : TS LOO
Amerika Syarikat sekali lagi berlaku kejadian tembakan! Kelmarin bertempat di Baton Rouge, sebuah bandar yang terletak di Selatan Amerika Syarikat, satu lagi kejadian tembakan berlaku sekitar pukul 9 pagi yang mengakibatkan tiga anggota polis maut dan tiga yang lain tercedera. Menurut laporan, sebelum kejadian berlaku, pihak polis terima laporan ada individu yang disyaki berkeliaran di kawasan berhampiran Hammond Aire Plaza. Ketika pegawai polis tiba di lokasi, seorang lelaki bertopeng bersenjata segera melepaskan tembakan ke arah pegawai polis, akibatnya tiga daripada pegawai polis ditembak mati.
Difahamkan, tempat kejadian tidak jauh daripada Ibu Pejabat Polis Baton Rouge iaitu hanya 1.6km sahaja. Menurut laporan beberapa media di Amerika Syarikat, suspek yang menembak mati pegawai polis itu bernama Gavin Long yang merupakan seorang lelaki Afrika yang berkerakyatan Amerika Syarikat Gavin yang berumur 29 tahun dikatakan berasal dari bandar Kansas yang terletak di negeri Missouri. 17 Julai ini kebetulan merupakan harijadinya yang ke 29. Antara tahun 2005 sehingga 2010, dia pernah berkhidmat di bawah Pasukan Tentera Marin Amerika Syarikat dan dalam tempoh perkhidmatan itu dia prenah dihantar bertugas di Iraq. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengecam perbuatan keganasan terhadap pegawai polis adalah tidak wajar. Sebelum berlaku kejadian tembakan tersebut, terdapat seorang lelaki berkulit hitam ditembak mati oleh pegawai polis sehingga mengundang kemarahan masyarakat tempatan.- CARI |
11
Bagus |
8
Marah |
13
Terkejut |
13
Sedih |
12
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT