Oleh : TS LOO
Berdasarkan akaun Facebook Anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, yang bertajuk Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya, satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu. Menurut laporan Bernama, dua wakil badan bukan kerajaan (NGO) hari ini meminta polis menyiasat Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook (FB) miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri. Difahamkan kandungan gambar karikatur tersebut telah dipolitikan kerana mengaitkan pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan tetamu ketika hari raya sebagai rasuah.
Kumpulan NGO berkenaan berharap polis akan menyiasat kes ini termasuk pelukis karikatur, pemilik akuan Facebook dan pentadbir akaun terbabit yang didakwanya cuba menghasut. “Kami meminta Kor Ming untuk mengeluarkan status tersebut dan memohon maaf secara terbuka dalam akaun Facebook miliknya.” Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak telah bercakap “Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma..” manakala seorang lagi menjawab “Tak dapat derma, dedak pun ok...” dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin”.- CARI sumber : Bernama
|
23
Bagus |
27
Marah |
21
Terkejut |
23
Sedih |
24
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
dizzzek replied at 9-7-2016 02:15 PM
ADVERTISEMENT