Oleh : TS LOO
Hagia Sophia yang merupakan antara monumen paling ikonik di Istanbul, buat pertama kali dilaungkan azan oleh seorang muazzin dari dalam dewannya selepas 81 tahun. Menurut laporan RT, Azan mula dilaungkan dari dalam muzium itu kelmarin . Bulan lalu, Turki membenarkan al-Quran dibacakan di dalam Hagia Sophia sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Laporan AFP menyatakan paparan visual ulama-ulama Turki membaca al-Quran di dalam muzium itu pada waktu sahur disiarkan setiap hari melalui saluran televisyen, Diyanet TV. Bagaimana pun, langkah itu dibantah parti pembangkang di negara itu yang menyifatkannya sebagai provokatif dan tidak munasabah. Hagia Sophia, yang bermaksud 'Hikmah Suci' dalam bahasa Greek, dibina sebagai sebuah gereja Byzantine pada abad ke-6 sebelum ditukar menjadi masjid pada 1453 apabila tentera Ottoman menakluki Istanbul, yang ketika itu dikenali sebagai Constantinople. Selepas kejatuhan Empayar Ottoman dan setelah Turki dibangunkan sebagai negara moden sekular, masjid tersebut ditukar menjadi sebuah muzium pada 1935. |
15
Bagus |
14
Marah |
23
Terkejut |
6
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT