CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Islam Terkaya Dan Tercantik Di Dunia! Malaysia?

29-12-2015 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 14821| Komen: 26

Description: Kekayaan yang mereka miliki tidak dapat ditandingi oleh wanita daripada negara-negara lain
Oleh Izzah Abbasy

Wanita jika tercantik di dunia sinonim dengan ratu cantik. Tetapi wanita Islam yang tercantik dan terkaya ini bukanlah daripada kalangan ratu cantik namun kesemuanya daripada golongan anak pemerintah negara dan isteri kepada kerabat diraja.

Tidak hairanlah mereka paling kaya dan cantik-cantik. Tetapi kekayaan yang mereka miliki tidak dapat ditandingi oleh wanita daripada negara-negara lain. Bahkan, Malaysia juga tidak tersenarai namun negara jiran, Brunei ada tersenarai iaitu dua orang anak Sultan Brunei sendiri. Tak tergambar betapa kayanya mereka kan? Jom, kenali 9 orang wanita tercantik dan terkaya di dunia ini. - CARI Infonet






1. Ameerah Al-Taweel, Arab Saudi


Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel dilahirkan pada 6 November 1983. Beliau adalah isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi.

Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan berusia 58 tahun, disenaraikan sebagai lelaki ke-26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan nilai bersih lebih daripada $20-25 bilion. Putera Al Waleed merupakan pengasas dan pemilik Kingdom Holding Company.


2. Lalla Salma, Maghribi

Puteri Lalla Salma dari Maghribi ini merupakan isteri kepada Raja Mohammed VI. Ibunya, seorang guru sekolah telah melahirkan Lalla pada 10 Mei 1978. Walaupun bergelar sebagai "The First Lady" beliau tetap mengekalkan sifat rendah diri.

Kekayaan suaminya, Raja Mohammed VI, 50 dianggarkan kira-kira sebanyak $2.5 bilion.


3. Rania Al Abdullah, Jordan

Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan telah berkahwin dengan Putera Abdullah II. Suami beliau telah ditabalkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999.
  
Walaupun Raja Abdullah tidak pernah mengiktiraf kekayaannya kepada umum, khabar angin mengatakan beliau telah menghabiskan lebih daripada satu bilion dalam pembuatan Taman Tema Star Trek sahaja. Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menggelar Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.


4. Fathima Kulsum Zohar Godabari, Arab Saudi

Fathima Kulsum kini secara rasmi menjadi Permaisuri Arab Saudi. Dia adalah isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad. Dia dilahirkan di dalam antara keluarga paling kaya di dunia.
   
Fathima dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya sebelum ini. Namun, kini gambar wajahnya didapati telah banyak terdapat di internet.


5. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Brunei

Anak perempuan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 12 Mac 1980. Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang paling kaya di dunia pada tahun 1997 oleh Forbes.

Sultan Hasanal Bolkiah memiliki sebuah kereta Rolls-Royce yang disalut dengan emas 24 karat serta memiliki sebanyak 7,000 kereta lain. Beliau juga memiliki kediaman diraja terbesar di dunia dengan mempunyai 1,700 bilik di dalam istana. Sultan Brunei membelanjakan sebanyak $20 juta pada perkahwinan anak perempuannya itu. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah telah berkahwin dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.


6. Sheikha Mozah Bint Nasser Al Missned, Qatar

Sheikha Mozah telah dilahirkan pada tahun 1959 dan merupakan isteri kedua daripada tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.

Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad dianggarkan lebih daripada £7 bilion. Negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli yang luas, Qatar adalah antara negara-negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia.


7. Sheikha Maitha Binti Mohammed, Dubai

Sheikha Maitha dari Dubai dilahirkan pada 5 Mac1980. Dia merupakan anak perempuan kepada Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang raja berperlembagaan Dubai.
   
Sheika juga merupakan seorang atlet Taekwondo dan pernah memenangi pingat Perak pada Sukan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya dianggarkan lebih daripada $40 bilion.


8. Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Brunei

Anak keempat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 16 Mac 1976. Puteri Majeedah, ibu kepada seorang anak lelaki, telah berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Pembantu Pegawai Eksekutif di Pejabat Perdana Menteri. Mereka berkahwin pada Jun 2007.
   
Bapa Majeedah, Sultan Brunei adalah antara orang yang paling kaya di dunia dan sangat gemar pada emas.


9. Sheikha Hanadi Bint Nasser Al Thani, Qatar

Seorang pegawai bank, pelabur dan usahawan hartanah, Sheikha Hanadi merupakan salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dalam sejarah ekonomi Qatar. Selain daripada menjadi penasihat khas di Standard Chartered Bank, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City.
  
Selain itu, Hanadi adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Nasser bin Khaled Al Thani & Sons Group. Kekayaan keluarga Thani dianggarkan hampir $15 bilion. - CARI Infonet


Sumber Info : Dairishare
17

Bagus
13

Marah
19

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rawahah 28-12-2015 04:58 PM
apesal la x lawa sgt anak soltan brunei.. fesyen zaman 60an!
Quote CiliPadiSedap 28-12-2015 05:17 PM
rawahah replied at 28-12-2015 04:58 PM
apesal la x lawa sgt anak soltan brunei.. fesyen zaman 60an!

poket dia org lawa. biar muka xlawa asal poket lawa.
Quote nicuya 28-12-2015 05:30 PM
cantiknye rambut puteri lalla slama
Quote cauliflower 28-12-2015 11:24 PM
sukka tengok Sheikha Mozah and Puteri Rania. elegant!!!
Quote mbhcsf 29-12-2015 05:15 AM
bless them...cool stuffs
Quote elmen 29-12-2015 07:38 AM
ahkak pink mano?
Quote crazecousa 29-12-2015 09:13 AM
Dato' Seri Vida mana?
Quote siape_aku 29-12-2015 10:53 AM
yang last tu mashAllah...cantiknye
Quote saladin780 29-12-2015 01:06 PM
mostly kaya sebab minyak..
untunglaa rezeki tohan
Quote saladin780 29-12-2015 01:06 PM
rawahah: apesal la x lawa sgt anak soltan brunei.. fesyen zaman 60an!


klasik sangat kan fesyen nye..haha
Quote larikesurga 29-12-2015 02:00 PM
kaya pon seab kutu-runan..... no.7 je yg nampak mcm kuat pegangan islamnya... kalau melalui gambau ler...
Quote nazurah 29-12-2015 06:02 PM
terkaya ke tercantik?

rasanya dedua kurang tepat sbb sultan brunei ada ramai anak pompuan
Quote imransulaiman 29-12-2015 11:49 PM
Sheikha Hanadi tu macam rupa Tok Ti sekali imbas
Quote bianglala 30-12-2015 02:32 AM
first time tengok rupa anak sultan brunei... hajah hafizah...
Quote seri_mawr 30-12-2015 11:34 AM
ameerah tu cantik rambut dia
Quote BebeQ 30-12-2015 12:13 PM
1 billion boleh buat taman tema star wars tapi ada orang tu ada 2 billion, habuk pun tarak.
Quote ISTRIMITHALI 30-12-2015 12:44 PM
rezki dieee..
Quote alesandra 30-12-2015 04:41 PM
no9 tu respek jugakla ..dia kaya bukan psl bapak dia kaa,laki dia kaa.ke mmg dia pun berasal dari keluarga kaya
Quote timahterung 30-12-2015 11:22 PM
larikesurga replied at 29-12-2015 02:00 PM
kaya pon seab kutu-runan..... no.7 je yg nampak mcm kuat pegangan islamnya... kalau melalui gambau l ...

Kat uni dulu ada I ada classmate yg dressing cm gitu tapi haram tak semayang..asik period je memanjang.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.221788 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top