CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3272|Reply: 6

Selepas 81 Tahun, Azan Buat Pertama Kali Berkumandang Di Hagia Sophia!

[Copy link]
Post time 5-7-2016 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




sumber foto: http://ia.tmgrup.com.tr/



sumber foto: http://aa.com.tr/



Hagia Sophia yang merupakan antara monumen paling ikonik di Istanbul, buat pertama kali dilaungkan azan oleh seorang muazzin dari dalam dewannya selepas 81 tahun.


Menurut laporan RT,  Azan mula dilaungkan dari dalam muzium itu kelmarin .


Bulan lalu, Turki membenarkan al-Quran dibacakan di dalam Hagia Sophia sepanjang bulan Ramadan tahun ini.


Laporan AFP menyatakan paparan visual ulama-ulama Turki membaca al-Quran di dalam muzium itu pada waktu sahur disiarkan setiap hari melalui saluran televisyen, Diyanet TV.


Bagaimana pun, langkah itu dibantah parti pembangkang di negara itu yang menyifatkannya sebagai provokatif dan tidak munasabah.





sumber foto: http://media.worldbulletin.net/



Hagia Sophia, yang bermaksud 'Hikmah Suci' dalam bahasa Greek, dibina sebagai sebuah gereja Byzantine pada abad ke-6 sebelum ditukar menjadi masjid pada 1453 apabila tentera Ottoman menakluki Istanbul, yang ketika itu dikenali sebagai Constantinople.


Selepas kejatuhan Empayar Ottoman dan setelah Turki dibangunkan sebagai negara moden sekular, masjid tersebut ditukar menjadi sebuah muzium pada 1935.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2016 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Its amazing rite
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringin nk letak nama anak popuan mcm tu.. Hagia Sophia... Mabeles
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2016 10:49 AM | Show all posts
wahhhh.............
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2016 10:49 AM | Show all posts
org2 Turkey rata2 fahaman sekular , nama saja Islam tp Islam  retak dan ada yg hancur , yg benar2 tulus ikhlas  jadi muslim xramai


kebanyakan muslim Turkey jadi muslim masa mati dan masa nikkah semata2.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2016 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik interior hagia sopia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2016 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah!turkey kalau yg istanbul sblh euro tu mmg beza tgk dressing. Mmg pesen2 prasan matsaleh sume. Kalau yg sblh asia, baru byk yg bertudung n stylo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.349187 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list