Oleh : Dean BZ Ringgit Malaysia. - Foto AFP Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding dolar AS minggu depan, bersandarkan sentimen yang bertambah baik terhadap unit tempatan itu dan setelah sentimen terhadap referendum Brexit reda beransur-ansur. Memetik dari laporan BERNAMA, Naib Presiden dan Ketua Penyelidik Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata kesan Brexit mungkin tidak seburuk yang dijangkakan memandangkan United Kingdom (UK) akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyelesaikan pengundurannya dari Kesatuan Eropah (EU). "Kami menjangkakan ringgit akan meningkat minggu depan selagi ahli politik di EU dan UK menguruskan Brexit dengan lancar. Peniaga juga perlu melihat lebih dekat tindakan bank-bank pusat utama, termasuk Bank Pusat Eropah, Bank of England dan Bank of Japan, dalam menyediakan lebih banyak rangsangan untuk mengelak ekonomi masing-masing daripada sebarang kesan Brexit," katanya. Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh sentimen baik ke atas Brexit, selain harga minyak yang lebih tinggi. Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9710/9769 daripada minggu lepas pada 3.0148/0246, dan meningkat berbanding yen kepada 3.8955/8034 berbanding 3.9668/9777 pada minggu sebelumnya. Ringgit juga mengukuh berbanding pound British kepada 5.3147/3241 daripada 5.6806/6961 sebelum ini dan meningkat berbanding euro kepada 4.4376/4455 daripada 4.5450/5573 Jumaat lepas. Referendum Britain keluar dari Kesatuan Eropah (Brexit) dijangka memberi kesan besar kepada kedudukan blok ekonomi itu sebagai kuasa perdagangan global utama. - CARI Sumber - BERNAMA
|
3
Bagus |
3
Marah |
4
Terkejut |
3
Sedih |
10
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
revoc replied at 3-7-2016 01:41 AM
bila nk lagi tinggi dri kuwait dinar??
baru la bole beli tanah kat oversea,kih3
Andyscenes replied at 2-7-2016 03:43 PM
wahhh, tapi aku still x dpt melancong kat london lg huhu
Loxlaxman replied at 4-7-2016 10:53 AM
Pakai ringgit nak bayar ayam siam pun taiko Haadyai tamau...
salimrock replied at 4-7-2016 10:39 AM
SAMA la wa.. Indon / Thailand lepas ar, SIngapore pn member wa ckp mahal bila convert..
yg pent ...
aduhaiya replied at 3-7-2016 05:32 PM
Perghhh.... Dinar Kuwait... kalau cengitu... gaji RM1,000.00 dah boleh beli mcm2 benda berjenama
ADVERTISEMENT