Oleh : TS LOO
Gara-gara perasaan cemburu sepasang suami isteri disyaki bergaduh pada permulaannya, namun berakhir dengan kejadian yang cukup tragis, si suami ditemui maut hasil tikaman si isteri di bahagian perut dengan pisau dapur.
Kejadian tragis itu berlaku di Kampung Paya Besar, Kertau Chenor, dekat Maran sekitar pukul 8.05 pagi kelmarin. Mangsa merupakan seorang penoreh getah, difahamkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Chenor. Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Supt. Mat Rizal Mat Radzi, ketika kejadian hanya terdapat pasangan suami isteri itu serta dua anak mereka. " Siasatan awal mendapati anak lelaki tiri mangsa berusia 10 tahun terdengar suspek bertengkar dengan mangsa sebelum menikamnya di dalam bilik di rumah mereka." Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat. Sementara itu, suspek iaitu isteri kepada mangsa sudah ditahan berhampiran kawasan rumahnya selepas kejadiasn itu dan dia akan direman esok. Kes akan disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan, ujar Supt. Mat Rizal. - CARI
sumber : mstar |
8
Bagus |
6
Marah |
3
Terkejut |
2
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Marah Pahang Malaysia: Siami maut ditikam isteri selepas nerhaduh
idadzira replied at 1-7-2016 07:55 AM
bapak umur 42...anak umur 30....adik umur 11 bulan...mak umur 33.
FanTasyCreaTioN replied at 1-7-2016 07:04 AM
TT ..
banyak tol typo nya
(=_=) replied at 1-7-2016 07:57 AM
Tak reti nak edit tajuk ke?
zulka replied at 1-7-2016 08:10 AM
Siami tu apa? nama org ke
FOTHER-MUCKER replied at 1-7-2016 06:57 AM
Lelaki maut ditikam isteri selepas bergaduh
WARTAWAN SINAR HARIAN
30 JUN 2016
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa, Awang A/L Muhamad, 42, dari Kampung Paya Besar, Kertau, Chenor meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Maran.
ADVERTISEMENT