CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Kematian Ketiga Jangkitan Bakteria Difteria: Kanak-kanak Sabah Berusia 3 Tahun

30-6-2016 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8210| Komen: 43

Oleh : TS LOO


sumber foto: google image


Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dari Sabah telah meninggal dunia akibat dijangkiti bakteria difteria, dan ini merupakan kes kematian ketiga sepanjang bulan Jun yang berlaku di negara kita akibat jangkitan bakteria difteria.

Berdasarkan laporan Oriental Daily News, pengarah kesihatan negeri Sabah, Dr. Christina Rundi mengesahkan mangsa tiada keupayaan imuniti terhadap bakteria difteria.

Setakat ini, negara kita telah terdapat 11 kes jangkitan bakteria difteria, antaranya sebelum ini kes kematian bagi 2 orang kanak-kanak yang masing-masing berasal dari Melaka dan Kedah.

Selain itu, pengarah jabatan kesihatan Terengganu Mohamad Omar sebelum ini pernah memaklumkan, gejala penyakit yang berjangkit di Terengganu ada menunjukan peningkatan, ini dipercayai berhubung kait dengan tindakan ibu bapa yang enggan mendapatkan imunisasi vaksin lima serangkai untuk anak-anak mereka. 


Difahamkan, ibu bapa terbabit bertindak sedemikian adalah berikutan alasan kepercayaan agama dan alasan peribadi.- CARI





23

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
11

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mokcikKSKB 30-6-2016 10:15 AM
Kat sabah ni dia x bgtau pon kanak2 tu local ke pendatang...sabah ni sgtlah ramai pendatang.huhu...smg anak aku dilindungi dr penyakit2 pelik ni.
Quote sarahmirza 30-6-2016 10:35 AM
Penyakit ni bukan pelik.
Dah mmg ada dari dulu.
Lahanat mana agaknya yg jadi pembawa.
Sebar merata sana sini.
Quote tanakkampung1x 30-6-2016 10:37 AM
http://www.themalaymailonline.co ... t-difteria-di-sabah

KOTA KINABALU, 29 Jun ― Malaysia merekodkan kematian difteria ketiga hari ini selepas seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun dari Menggatal, 20 km dari sini, dilaporkan maut.

Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi mengesahkan kes itu dan kanak-kanak berkenaan tidak menerima imunisasi.

Namun katanya, ia merupakan kes terpencil dan tiada tanda-tanda penularan wabak.

“Kematian disebabkan difteria namun tidak merebak. Ia merupakan kes difteria terpencil di negeri ini,” katanya yang enggan mengulas lanjut kematian berkenaan.

Kanak-kanak itu meninggal pada Isnin selepas dimasukkan ke Hospital Ibu dan Anak di Likas dan kemudian dirawat pakar kanak-kanak.

“Penyakit itu dapat dicegah dengan vaksinasi. Masyarakat mempunyai sebab tertentu tidak memberi vaksin kepada anak-anak mereka.

“Kes seperti ini harus membawa kesedaran kepada masyarakat,” kata Dr Rundi.

Dua kanak-kanak lain meninggal dunia bulan ini di Kedah dan Melaka akibat difteria, sebuah jangkitan bakteria yang senang berjangkit dan boleh menyebabkan kematian, namun boleh dihindarkan dengan imunisasi. Kesemua mereka tidak menerima imunisasi lengkap.

- See more at: http://www.themalaymailonline.co ... thash.KyGv0no0.dpuf

Ini tak tahu sama ada kepercayaan agama, tidak ada kesedaran ataupun tiada akses kpd vaksin (PATI)
Quote pakupayung21 30-6-2016 10:39 AM
agak-agak kalau anak antivaxx yang kena difteria ni diaorg still bg makanan sunnah x?sapu je madu dekat tekak tu
Quote Peaches113 30-6-2016 10:39 AM
Ya Allah takutnya.
Quote koko2 30-6-2016 10:40 AM
anak aku age 6 thn..dulu tader cucuk 5 serangkai ni...yg ada 3 serangkai...
tu dah termasuk jugak kan..?
ke kena pi cucuk yg lain..? mean additional jabs utk diffteria ni..
Quote tanakkampung1x 30-6-2016 10:41 AM
pakupayung21 replied at 30-6-2016 10:39 AM
agak-agak kalau anak antivaxx yang kena difteria ni diaorg still bg makanan sunnah x?sapu je madu de ...

Ujung-ujung hantar Hospital Likas jugak sis lepas nampak anak terkapai kapai menahan maut

Bila mati, barulah menyesal tak berguna
Quote mokcikKSKB 30-6-2016 10:44 AM
tanakkampung1x replied at 30-6-2016 10:37 AM
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tidak-dapat-vaksin-anak-kecil-ketiga-maut ...

Apa maksud dia kes terpencil?ramai gak dah mati kat sabah ni.
Quote mokcikKSKB 30-6-2016 10:45 AM
Edited by mokcikKSKB at 30-6-2016 10:51 AM
koko2 replied at 30-6-2016 10:40 AM
anak aku age 6 thn..dulu tader cucuk 5 serangkai ni...yg ada 3 serangkai...
tu dah termasuk jugak k ...


Dulu anak ko cucuk kat K.kesihatan ker?  Vaccine lima serangkai ni
Dtap- difteria,tetanus, pertussis; Ipv-polio hib-influenza vaccine type b
Dilu bg 3 serangkai..yg lain2 tu bg individual..aku tgk bukunkesihtan anak aku. Cuba check bukunkesihatan anak kau...
Quote tanakkampung1x 30-6-2016 10:45 AM
mokcikKSKB replied at 30-6-2016 10:44 AM
Apa maksud dia kes terpencil?ramai gak dah mati kat sabah ni.

Dah 3 kes di Sabah sis, satu mati dua selamat


Perkataan 'terpencil' biasa digunakan oleh pihak berkenaan untuk merujuk kpd kes yg terkawal @ ataupun tidak mahu menyebarkan panik kpd orang ramai.
Quote tanakkampung1x 30-6-2016 10:47 AM
mokcikKSKB replied at 30-6-2016 10:15 AM
Kat sabah ni dia x bgtau pon kanak2 tu local ke pendatang...sabah ni sgtlah ramai pendatang.huhu...s ...

Gossip whatsapp kata ibubapa mangsa antivaxx sebab takut ada DNA babi sis

Entah ummah isle atau SDA (dlm whatsap sy ummah SDA pun ada yg antivaxx)
Quote chazey 30-6-2016 10:48 AM
tanakkampung1x replied at 30-6-2016 10:45 AM
Dah 3 kes di Sabah sis, satu mati dua selamat



Lokal ka pilak? Macam lokal saja...
Quote mokcikKSKB 30-6-2016 10:49 AM
tanakkampung1x replied at 30-6-2016 10:47 AM
Gossip whatsapp kata ibubapa mangsa antivaxx sebab takut ada DNA babi sis

Entah ummah isle atau ...

SDA sbb depa x mkn babi kan? Ommo..
Quote tanakkampung1x 30-6-2016 10:49 AM
chazey replied at 30-6-2016 10:48 AM
Lokal ka pilak? Macam lokal saja...

Ummah lokal most probably sis, geng takut vaksin DNA babi katanya gossip. Entah ummah isle atau SDA konservatif.
Quote tanakkampung1x 30-6-2016 10:50 AM
mokcikKSKB replied at 30-6-2016 10:49 AM
SDA sbb depa x mkn babi kan? Ommo..

Kan? geng SDA pun lagilah banyak pantangnya sis
Quote mokcikKSKB 30-6-2016 10:52 AM
tanakkampung1x replied at 30-6-2016 10:49 AM
Ummah lokal most probably sis, geng takut vaksin DNA babi katanya gossip. Entah ummah isle atau SD ...

Ada x ummah pilak yg dapat?
Quote chazey 30-6-2016 10:55 AM
tanakkampung1x replied at 30-6-2016 10:49 AM
Ummah lokal most probably sis, geng takut vaksin DNA babi katanya gossip. Entah ummah isle atau SD ...

Tengok berita pun menjurus ke arah lokal saja. Kalau budak yang mati tu dari Semporna ka, Sandakan ka, kompom2 cepat ja sa tuduh pilak.  
Quote tanakkampung1x 30-6-2016 10:55 AM
mokcikKSKB replied at 30-6-2016 10:52 AM
Ada x ummah pilak yg dapat?

Budak yg di Felda Tawau tu tidak jelas kewarganegaraannya sis. Sana kan banyak PATI pekerja ladang.
Quote dinopower 30-6-2016 10:56 AM
pakupayung21 replied at 30-6-2016 10:39 AM
agak-agak kalau anak antivaxx yang kena difteria ni diaorg still bg makanan sunnah x?sapu je madu de ...

dgr cite diorg rendam baby dgn habatus sauda..... sambil tawakal...

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.085425 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top