Boleh dikatakan pada hari ini, banyak penyanyi yang mula memberanikan diri berkongsi cerita peribadi kepada umum. Malahan juga, membuktikan keberanian mereka dengan menulis mengenai topik-topik peribadi dan sensitif seperti kesedihan hati atau lebih tepat lagi kisah cinta mereka. Cara ini dikatakan lebih dekat dengan para pendengar. Kami senaraikan 4 selebriti yang berani menceritakan kisah cinta atau kisah peribadi mereka kepada umum. Malah, lagu yang dihasilkan daripada kisah peribadi tersebut berjaya menarik ramai pendengar. TAYLOR SWIFT Semua orang tahu, Taylor Swift menggunakan pengalaman hidupnya sebagai cetusan idea dan dijadikan lirik bagi setiap lagu. Dia dikatakan bijak dalam menulis lirik tentang kehidupan peribadi malah setiap bait-bait lirik sedap didengar. Sebagai contoh, lagu ‘Back To December’ menceritakan perhubungan cintanya bersama pelakon Taylor Lautner. ‘I Knew You Were Trouble’ pula khas ditujukan kepada Harry Styles. Malah, hampir kesemua lagunya menjadi hits. Lagu ‘Dear John’ ditujukan buat John Mayer. ADAM LEVINE Vokalis utama Maroon 5, Adam Levine pula menjaja kisah cintaya dalam lagu ‘Song about Jane’, mengikut cerita Levine pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis yang bernama Jane. Dan lagu itu ditujukan khas buat gadis tersebut. Malah, lagu ini terus hits dan menjadi kegemaran para pendengar. JUSTIN TIMBERLAKE Pasti semua maklum dengan hubungan cinta Justin Timberlake dengan Britney Spears suatu masa dahulu. Rata-rata dunia sukakan hubungan mereka malah mereka serasi bersama. Berita perpisahan mereka mendapat perhatian dunia malah Justin dikatakan kecewa dan dari situ terlahirlah lagu ‘Cry Me A River’. Lagu khas dituju kepada Britney dan menceritakan punca sebenar perpisahan mereka. Sadis bukan? JOHN MAYER Sebelum ini John Mayer telah menjalin hubungan cinta bersama Taylor Swift, Katy Perry, Jessica Simpson dan Minka Kelly. Dan hampir kesemuanya gagal. Mayer turut berhubungan dengan Jennifer Aniston dan disebabkan kecewa, lagu ‘Heartbreak Warfare’ dibuat khas untuk pelakon itu.
|
ADVERTISEMENT