CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Jangan sindir agama lain : soo winnci

22-7-2013 05:00 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5634| Komen: 0



SEBAGAI rakyat yang berbilang kaum, kita tidak sepatutnya menyindir agama lain dan belajar untuk saling menghormati. Kalau pun berniat bergurau, biarlah bertempat," ujar penyanyi dan juga pelakon, Soo Wincci berhubung kontroversi yang melibatkan pasangan Alvin Tan dan kekasihnya Vivian Lee yang didakwa biadab kerana menghina bulan Ramadan.

Mengakui terkejut tatkala mendengar mengenai berita berkenaan beberapa hari lalu, namun bekas ratu cantik Malaysia Dunia 2008/2009 itu berpendapat tindakan Alvin dan Vivian itu tetap satu tindakan yang melampau meskipun niat pasangan itu hanyalah mahu bergurau.

“Mungkin tindakan mereka hanya untuk bergurau, bagaimanapun gurauan itu sangat melampau dan mereka juga tidak berfikir panjang. Sebagai rakyat Malaysia, kita tak sepatutnya sesuka hati menyentuh sensitiviti agama lain, biarpun hanya dengan gurauan.

"Bagaimanapun dalam bulan yang mulia ini, saya harap pasangan ini akan dimaafkan dan perkara ini akan dijadikan pengajaran kepada semua orang di Malaysia,” ujarnya yang ditemui ketika majlis berbuka puasa anjuran TV9 di Kelab Golf Kuala Lumpur, Bukit Kiara, semalam.

Pada Jumaat lalu, pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee telah memuat naik sekeping gambar berbuka puasa dengan Bak Kut Teh (makanan berasaskan sup herba dan khinzir).

Tindakan pasangan yang sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan blog yang memaparkan gambar dan video seksual mereka, telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka.

Kesal dimarahi peminat

Dalam pada itu, Wincci sempat berkongsi keterujaannya berpuasa bersama-sama umat Islam tahun ini.

Menurut Wincci, tahun ini merupakan tahun keduanya selepas percubaannya berpuasa penuh tahun lalu berjaya.

"Memandangkan saya ramai peminat di kalangan masyarakat Melayu dan tentunya beragama Islam, jadi saya mahu sama-sama berpuasa dan bersahur.

"Begitu juga dengan pengurus saya juga turut bersahur dan berpuasa. Malah, ada peminat saya yang berbangsa Cina turut sama cuba untuk berpuasa tahun ini," ujarnya.

Bagaimanapun dalam keterujaan dan sokongan moral dari peminat, Wincci berkata, dia tidak terlepas dari melalui ujian apabila dimarahi beberapa peminat yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

"Bagi saya tahun ini saya merasai erti berpuasa yang sebenarnya kerana bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga, bahkan saya juga terpaksa menahan hati dan minda apabila dimarahi peminat yang merasakan saya melebih-lebih kerana turut sama bersahur dan berpuasa.

“Pada saya, sebagai rakyat Malaysia dan kita hidup 1Malaysia, saya hanya nak sama-sama merasai apa yang dirasai oleh umat Islam. Kalau boleh tiap-tiap tahun saya nak berpuasa.

"Malah saya juga turut memakai pakaian yang lebih menutup aurat dan kerap berbaju kurung dan serta berselendang sebagai menghormati bulan yang mulia ini," jelasnya.

Biarpun berpuasa, Wincci berkata, jadual seninya masih padat dan dia kini dalam sesi latihan tarian tiang untuk persembahannya di satu konsert anjuran sebuah stesen radio. Konsert tersebut akan berlangsung pada 17 Ogos depan di Bukit Jalil.

“Saya hanya ada kurang sebulan untuk berlatih tarian itu. Saya memang berlatih betul-betul bulan ini walaupun saya berpuasa. Semalam sewaktu latihan, ada juga saya rasa macam nak pengsan sebab saya terlalu banyak berlatih aksi berpusing. Tapi nak buat macam mana, saya tiada pilihan dan saya tetap kuatkan diri.

“Oleh kerana itu kalau bersahur, saya makan oat dan kurma. Kalau dulu saya tak bersahur sangat. Tapi tahun ni saya bangun sahur untuk pastikan saya cukup tenaga sepanjang hari," katanya.

Selain itu, buat pertama kalinya lagu raya ciptaannya sendiri berjudul Salam Aidilfitri bakal diputarkan di stesen-stesen radio tidak lama lagi.

Pada hari raya keenam nanti, Wincci akan muncul dalam program realiti yang diadaptasi melalui program Fear Factor berjudul Ada Bran yang akan ditayangkan pada jam 8.30 malam di TV9.



8

Bagus
1

Marah

Terkejut
5

Sedih

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.124722 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top