Oleh : TS LOO
Petang tadi, sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap bongkah batu yang runtuh secara tiba-tiba di bahagian kiri hadapan kereta mangsa ketika melalui Jalan Tun Sardon, Pulau Pinang pada petang Sabtu. Difahamkan ketika itu mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari Paya Terubong ke Balik Pulau bagaimanapun setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan kesemua mangsa selamat. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.15 petang itu menyebabkan kesesakan trafik sejauh satu kilometer di kedua-dua belah arah jalan berkenaan. Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri usaha mengalihkan batu seberat 20 tan itu sedang dijalankan pihak berkuasa.
Sementara itu pihak jabatan kerja raya yang berada di tempat kejadian memaklumkan akan melakukan kerja-kerja kecemasan untuk mengelakkan batu-batu lain jatuh ke atas jalan raya.- CARI Infonet sumber berita : http://www.astroawani.com/
|
Changa replied at 28-5-2016 10:27 PM
Teringat pula kereta kat penang yang kena hempap kren sampai tertusuk jauh dalam tanah itu, korek2 ...
cik_tonggek replied at 28-5-2016 11:11 PM
Ayooooo naya nye
Citer bila ni
Changa replied at 28-5-2016 11:13 PM
ini sister rakaman cctv nya , bila dah puas korek2 tak jumpa, ujung2 family pun redha jah berkubur ...
cik_tonggek replied at 28-5-2016 11:11 PM
Ayooooo naya nye
Citer bila ni
cmf_premierleag replied at 28-5-2016 11:44 PM
Mohtep sis tak tahu cite ni?
Pencawang tu jatuh dari menara umno penang
Sedara uols datuk paduka ...
ADVERTISEMENT