CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

500 Migran Syria Ditempatkan Sementara Menjelang Hujung Tahun - TPM

28-5-2016 08:22 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3520| Komen: 16

Description: Malaysia meletakkan sasaran menempatkan secara sementara 500 migran Syria menjelang hujung tahun ini.
Oleh : TS Loo


sumber foto: http://www.sinarharian.com.my/



Seramai 500 migran Syria disasarkan oleh kerajaan untuk ditempatkan di negara kita menjelang hujung tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian selepas menyambut kumpulan kedua migran Syria di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, siang tadi.

Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid, sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), negara kita berjanji menerima seramai 3000 warga Syria dalam tempoh 3 tahun atas dasar ihsan dan perikemanusiaan dan sehingga kini 79 migran dari negara bergolak itu telah tiba di Malaysia.



"Ketika bulan puasa ini, kita sasarkan 200 lagi migran Syria dibawa ke Malaysia tetapi ia bergantung kepada tapisan keselamatan dan saringan kesihatan."


Tambah beliau, Kumpulan pertama terdiri daripada 11 orang daripada tiga keluarga tiba di Malaysia pada 8 Disember tahun lepas.

Manakala kumpulan kedua yang terdiri daripada 37 dewasa dan 31 kanak-kanak itu akan ditempatkan di apartmen tiga bilik di Setia Alam.
 
Selain itu, seramai 68 orang daripada 18 keluarga berumur antara tujuh bulan dan 74 tahun itu adalah dari Kem Bekaa Valley, Beirut, Lubnan.

Kerajaan dan NGO berkenaan akan membantu golongan profesional terdiri daripada jurutera, doktor dan pensyarah itu mendapatkan pekerjaan sementara di negara ini, ujarnya lagi.


"Permit kerja sementara juga akan dikeluarkan kepada golongan berkenaan dan bagi pelajar pula visa akan dikeluarkan bagi membolehkan mereka mendapatkan peluang pendidikan." 


Orang ramai turut digesa memberi sumbangan bagi membolehkan lebih ramai warga Syria tiba di negara ini.- CARI Infonet




18

Bagus
32

Marah
32

Terkejut
23

Sedih
20

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (152 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Andyscenes 28-5-2016 10:09 PM
kepada yg single bolehlah pilih calon
Quote GhostWalking 28-5-2016 10:11 PM
Tumpangkan aje semua kat rumah tan siew loo
Quote insulin 28-5-2016 10:14 PM
Semoga pelarian2 ini tidak memberikan masalah kepada rakyat Malaysia.
Quote FARRAZOOL 28-5-2016 10:15 PM
Syukur alhamdulillah
Quote DARSITA 28-5-2016 10:18 PM
Orang ramai turut digesa memberi sumbangan bagi membolehkan lebih ramai warga Syria tiba di negara ini.- CARI Infonet


Dah terbela ke semua nasib orang miskin dlm negeri sendiri?
Quote DARSITA 28-5-2016 10:20 PM
Orang ramai turut digesa memberi sumbangan bagi membolehkan lebih ramai warga Syria tiba di negara ini.- CARI Infonet


They prefer Europe or Arab countries sbb cultures much closer to Syria. They would prefer those countries for social reasons and Europe for economic reasons.

Malaysia apa ada?
Quote cHimo 28-5-2016 10:24 PM
Harap suda ditapis betul2..
Quote eizarz 28-5-2016 11:08 PM
rakyat sendri ramai yg susah,bangsa lain gak yg ditolong nye...bodoh punye jahid komidi ngan jibon kepit
Quote slavehunter 29-5-2016 12:15 AM
Yang kat Kelantan still duk dalam khemah apa cer? :
Quote AJMatt 29-5-2016 08:14 PM
sesuai ke

kerajaan ada duit ke nak tanggung org lain

bajet utk negara sendiri pun byk kna cut
Quote exclusive_vvip 29-5-2016 10:02 PM
Apartmen baru siap swimming pool..klu merungut lg mcm sedara mara sahabat handai theyols kat europe aritu, taktau nk kata apa la...
Quote mizkajura 30-5-2016 08:53 AM
cara baru utk dptkan pengundi.
Quote mizkajura 30-5-2016 08:54 AM
malaysia boleh !!!
Quote cadarblogsot 1-6-2016 09:29 PM
DARSITA replied at 28-5-2016 10:18 PM
Dah terbela ke semua nasib orang miskin dlm negeri sendiri?

Tu betul... kerajaan patut pantau..ramai miskin tegar dibandar.. budak2 kecik sekolah rendah tu.. patut di kasi makan.. modal insan..
Quote hungryhenry 1-6-2016 10:40 PM
Immigran arab ni takde yg sanggup berlemoih apetah lagi nak buat kerja sektor 3d mcm nepal bangla
Quote Atifan 1-6-2016 11:26 PM
akhak harap yg dtg lepas ni single single kachak yg boleh jadi stok laki buat andartu andartu mcm akhak...yg dtg baru baru ni semua keluarga muda...melepas akhak

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.062100 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top