CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Baling Batu Kepada Saya Jika Berani” – Tmj

28-4-2015 11:19 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29609| Komen: 179

Description: Tunku Ismail Dalam Pada Itu Menafikan Penyokong Johor Punca Kepada Kekecohan Tersebut Sebaliknya Mendakwa Penyokong Perak Yang Mencetuskan Pergaduhan Dengan Membaling Objek Keras Kepada Penyokong Hari ...
“Baling Batu Kepada Saya Jika Berani” – Tmj






KUALA LUMPUR – Insiden kekecohan yang berlaku di Stadium Ipoh selepas tamat aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Perak malam kelmarin bertambah panas dengan reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai kejadian itu hari ini.

Tunku Ismail yang ternyata berang dengan layanan buruk diterima penyokong Johor pada malam tersebut mencabar penyokong pasukan lain yang bencikan Harimau Selatan supaya jangan membaling batu kepada penyokong Johor, sebaliknya membaling batu kepada beliau.

“Kepada pahlawan kekunci dan juga kepada semua penyokong bola sepak dari mana-mana negeri, janganlah setakat berani berbunyi di alam maya. Kalau tidak berpuas hati, janganlah membaling batu kepada penyokong JDT.

“Balinglah kepada Presiden PBNJ kerana sayalah yang merevolusikan pembangunan bola sepak negeri Johor. Sila beritahu saya tarikh dan tempatnya dan saya akan datang,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail dalam pada itu menafikan penyokong Johor punca kepada kekecohan tersebut sebaliknya mendakwa penyokong Perak yang mencetuskan pergaduhan dengan membaling objek keras kepada penyokong Harimau Selatan.

Titah baginda, pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Perak (PAFA) yang ketakutan akan dikenakan tindakan pantas membuat laporan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kononnya penyokong Johor bertindak liar.

Justeru, baginda menyifatkan perbuatan penyokong Perak tersebut menjelaskan sikap tidak bertamadun mereka sejak tahun 2013.

“Sedar atau tidak bahawa tuduhan dilemparkan kepada penyokong JDT tersebut yang rata-ratanya datang bersama keluarga dan anak kecil.

“Mengapa tidak tanya sendiri kepada polis adakah kami yang mulakan dahulu. Lagu “JDT Bangsat” mula berkumandang dinyanyikan oleh penyokong Perak yang memenuhi stadium malam itu,” titah baginda.

Sehubungan itu, Tunku Ismail mencadangkan FAM mengambil tindakan dengan mendenda `mata’ yang diperoleh pasukan itu kerana ia lebih berkesan untuk menangani insiden sama berulang.

Baginda turut melahirkan rasa kesal kerana pasukan lain tidak berusaha menangani unsur-unsur negatif dalam kalangan penyokong mereka seperti yang PBNJ lakukan ke atas Inter Johor Firm (IJF).

“Teringat pula satu kisah semasa saya kecil dahulu orang-orang tua Johor berkata. Dahulu semasa manusia bermesyuarat dan duduk diatas pokok, di Johor, orang-orang Johor sudah mula memandu Rolls Royce,” sindir baginda.

Tunku Ismail turut mengemukakan kronologi insiden di Stadium Perak tersebut seperti berikut:

– Selepas tamat perlawanan penyokong Perak berkumpul dan memenuhi lobi utama stadium dan hanya bersurai selepas dikerahkan oleh pasukan keselamatan.

– Jalan utama menuju ke stadium turut dibanjiri penyokong Perak sehingga menghalang laluan kenderaan.

– Dua bas JDT telah dibaling dengan objek keras.

– Perbincangan diadakan oleh pengurusan JDT dan Ketua Polis Daerah Ipoh untuk mendapatkan kebenaran menggunakan trak FRU bagi menjamin keselamatan pemain.

– Penyokong JDT yang berada di stadium diarahkan berkumpul di grandstand dan padang.

– Beberapa penyokong Perak meluru masuk ke dalam stadium dari arah bertentangan grandstand dan membaling objek keras ke arah penyokong JDT.

– Pada pukul 1.00 pagi, penyokong JDT diiringi pasukan keselamatan berjalan kaki ke Kem FRU Sg. Senam (berjarak 300-400 meter).

– Penyokong menaiki bas dan diiringi pasukan keselamatan sehingga jalan masuk ke lebuh raya.


– MYNEWSHUB.CC


Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih
9

Lawak

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Munnalicious 27-4-2015 11:10 AM
Kalau baling batu sembunyi tangan?
Quote mirage_46 27-4-2015 11:15 AM
bodoh jdt.. pergi tempat org jangan buat hal..
Quote nononcrux 27-4-2015 11:18 AM
mirage_46 replied at 27-4-2015 11:15 AM
bodoh jdt.. pergi tempat org jangan buat hal..

buat hal macam mana maksud kau
Quote dragger 27-4-2015 11:19 AM
perangai PPRT tu jgn di bawak sgt ke tempat org
Quote zueusoff 27-4-2015 11:20 AM
mirage_46 replied at 27-4-2015 11:15 AM
bodoh jdt.. pergi tempat org jangan buat hal..

sedap kata org bodoh..ko ada kat situ ke masa tu?
Quote ice_sky92 27-4-2015 11:24 AM
Perak Darul Gaduh.

If u know what I mean.
Quote GhostWalking 27-4-2015 11:26 AM
“Teringat pula satu kisah semasa saya kecil dahulu orang-orang tua Johor berkata. Dahulu semasa manusia bermesyuarat dan duduk diatas pokok, di Johor, orang-orang Johor sudah mula memandu Rolls Royce,” sindir baginda.
eksen gak dia yer?

Quote lostnfaun 27-4-2015 11:26 AM
dua2 penyokong tak pandai kawal emosi...
Quote GhostWalking 27-4-2015 11:27 AM
zueusoff replied at 27-4-2015 03:20 AM
sedap kata org bodoh..ko ada kat situ ke masa tu?

macamana boleh start?
Quote gaara_X 27-4-2015 11:30 AM
dah ler.....ngan gaduh.....
Quote Esmiria 27-4-2015 11:31 AM
taksub sgt..tak kemananya team melisia ni
Quote zawara 27-4-2015 11:34 AM
suka hati kome laaa
Quote mesmerize 27-4-2015 11:37 AM
peyno belum bagi ulasan ke
Quote dino 27-4-2015 11:40 AM
mana @peYno ... sila pakat2 tabur garam
Quote GhostWalking 27-4-2015 11:47 AM

@peYno
@axl_bach
@bellaa
@kak_sue
@airfilterkotor

Quote kecimpret 27-4-2015 11:52 AM
penyokong perak pun dah selevel dgn JDT
Quote alieyrina 27-4-2015 11:53 AM
Anak raja cakap apa pun boleh laa....
Quote caprut 27-4-2015 11:57 AM
GhostWalking replied at 27-4-2015 11:26 AM
eksen gak dia yer?

adakah mksod die org jhor ni kaya2?
Quote GhostWalking 27-4-2015 11:58 AM
caprut replied at 27-4-2015 03:57 AM
adakah mksod die org jhor ni kaya2?

mungkin maksudnya lebih bertamadun dan advance dari negeri lain..

Lihat semua komen(179)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.072297 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top