Oleh : Dean BZ
Pada malam tadi, program Gempak Superstar yang menampilkan barisan pelakon berentap dalam pertandingan lakonan dan nyanyian, telah pun melabuhkan tirainya. Pelakon Siti Elizad menepati ramalan penonton program apabila diumumkan sebagai juara untuk musim pertama program itu yang telah berlangsung di Pinewood Studio, Johor Baru, malam Ahad. Elizad membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000, beserta trofi sumbangan Astro. Naib kedua dimenangi oleh pelakon, Sherry Ibrahim sekali gus membawa pulang wang tunai RM25,000 dan sebuah trofi.Selain itu, Sherry turut menerima Anugerah Terlajak Gempak Superstar.
Tempat ketiga dimenangi oleh Arja Lee dengan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan trofi. Manakala tempat keempat dan kelima pula adalah milik pelakon Soffi Jikan dan Nazim Othman. 50 peratus undian adalah dari penonton manakala selebihnya daripada undian pihak juri profesional. Pertandingan itu disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Amy Mastura dan Fauziah Ahmad Daud adalah juri tetap untuk program ini manakala Datuk Yusof Haslam dijemput sebagai juri undangan. - CARI Infonet. |
6
Bagus |
12
Marah |
3
Terkejut |
12
Sedih |
12
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT