Oleh : Dean BZ
Deretan bunga sakura yang tumbuh lebat di beberapa laluan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menarik perhatian ramai.
Musim panas yang melanda negara menggalakkan lagi proses pendebungaan Sakura. Kawasan UMS ketika ini kelihatan seperti berada di negara yang mempunyai empat musim. Sakura atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea (Tabebuia Pentaphylla) boleh dilihat tumbuh dengan subur di universiti awam berkenaan selain beberapa lokasi sekitar bandar raya ini. Pengarah Pusat Pengurusan Eko Campus UMS Profesor Madya Dr Justin Sentian berkata, kehadiran landskap unik itu menjadikan kawasan universiti bertukar wajah seakan musim bunga sakura di Jepun. Ini bukanlah kali pertama bunga Sakura tumbuh lebat di UMS kerana ia juga pernah berlaku pada tahun lalu ketika musim panas. - CARI Infonet.
|
10
Bagus |
2
Marah |
7
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Kebiasaannya, sakura atau nama saintifiknya Tabebuia Rosea (Tabebuia Pentaphylla) berasal dari Amerika Selatan itu sinonim dengan negara Jepun selain negara empat musim lain.
ADVERTISEMENT