Oleh : TS Loo sumber foto: google image Dalam dunia perniagaan, tidak kira jenis perniagaan yang macam mana pun, pastinya terdapat golongan yang akan mengambil kesempatan meniru mana-mana produk yang berjenama popular.
Selain meniru seratus peratus rekaan asal, malah menjual dengan harga yang jauh lebih murah dengan niat untuk mengaut keuntungan. Baru-baru ini, artis tanah air terkenal, Neelofa rasa amat kecewa dengan tindakan sesetengah pihak yang menghasilkan tudung tiruan yang berjenama Naelofar Hijab.
Menurut Neelofa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama beberapa pihak berkuasa tempatan yang lain telah melakukan serbuan di sebuah premis terletak di Gombak, Selangor yang dikesan menjual tudung tiruan jenama tudung Naelofar Hijab. Hasil siasatan mendapati pemilik premis berkenaan menjual tudung Naelofar Hijab palsu pada harga minimum RM50. Petang semalam, satu sidang media telah diadakan di Ibu Pejabat KPDNKK Shah Alam, Selangor berhubung kes tudung tiruan yang dialaminya. Sebelum ini, peminatnya diberi peringatan jangan terpedaya dengan harga murah serta produk tiruan yang menggunakan nama serta fotonya. Bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak terus berulang, satu pasukan khas telah diwujudkan oleh Naelofar Hijab untuk memantau dan mengenalpasti mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Neelofa dan fotonya untuk mengaut keuntungan. Gejala meniru memang lumrah dalam dunia perniagaan, apatah lagi produk yang berjenama popular seperti Naelofar Hijab, selain berharap dan yakin pihak berkuasa akan bertindak lebih agresif dalam usaha membenteras sindiket-sindiket produk tiruan. Bersabarlah Neelofa, yang penting apa yang kita lakukan adalah kerja halal dan memperoleh rezeki yang berkat. - CARI Infonet Sumber berita : http://beautifulnara.com/
|
2
Bagus |
15
Marah |
2
Terkejut |
1
Sedih |
8
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
idakamaruddin replied at 6-4-2016 04:19 PM
sedia menanti berita penuh..
roger roger
maxim replied at 6-4-2016 04:21 PM
Tred lopa lg..ini satu lg petanda lofa bakal menang retis paling popular abpbh -karat lopa
toxicated replied at 6-4-2016 04:25 PM
adakah kpdnkk juga akan merampas neelofa sebab beliau dituduh fake oleh haters?
maxim replied at 6-4-2016 04:28 PM
Keratan sokkabar
ADVERTISEMENT