CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Graduan Diselar Tidak Tahu Menulis Emel Permohonan Kerja

11-3-2016 11:21 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 9938| Komen: 22



Oleh : TS LOO

Sedia kita maklum, masa kini emel adalah satu cara berkomunikasi yang amat biasa digunakan oleh masyarakat moden, tetapi bukan semua yang dapat menulis emel dengan sempurna dan berkesan, graduan universiti turut tidak terkecuali. 


Baru-baru ini, terdapat seorang majikan Melayu kongsikan beberapa emel permohonan kerja daripada graduan universiti yang diterimanya pada tahun 2014. 

Majikan tersebut secara sinis menyindir bahawa emel yang diterimanya terdiri daripada pelbagai jenis antaranya emel yang bergaya 'baring', bergaya 'katak', bergaya 'bebas', bergaya 'rama-rama' dan ada juga yang bergaya lompat papan anjal. 


Dia kata, terdapat pula ada pemohon yang tanpa disangka boleh menggangap bahagian subjek sebagai bahagian isi penulisan sehinggakan isi kandungan permohonan kerja ditulis penuh di bahagian subjek emelnya.  

" Yang paling menakutkan adalah kesemua pemohon adalah merupakan pemegang ijazah" 

" Takkan pensyarah mereka tidak mengajar cara bagaimana untuk menulis emel yang sempurna dan berkesan kepada bakal majikannya?"


Contoh Emel Pertama: Tiada Subjek, Hanya Ada Isi Kandungan


Contoh Emel Ke-2: Mudah Dan Tidak Masuk Akal


Contoh Emel Ke-3: Subjek Dan Isi Kandungan Sama


Contoh Emel Ke-4: Isi kandungan Tulis Dalam Bahagian Subjek

Majikan tersebut turut memilih satu emel yang dianggap paling lengkap dan sempurna untuk dikongsi bersama agar pemohon lain boleh dijadikan sebagai rujukan. 

Selain itu, dia juga kongsikan satu resume yang sempurna dan terbaik untuk dipelajari oleh pelajar lain supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama sebelum ini. - CARI Infonet




25

Bagus
28

Marah
7

Terkejut
11

Sedih
11

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AMDTurion 11-3-2016 11:36 AM
emm....masa kat u dulu pensyarah subjek bahasa inggeris yg ajar tulis resume.

mgkin diorg x pernah buat utk email. so se simple yg ada jerlah diorg buat.
Quote missinpiece 11-3-2016 11:50 AM
Google la contoh email dek oiii.. Kononnya semua ada sematphone canggih manggih. Teknologi guna utk wechat insta fesbuk je ke ?:
Quote pearl.silver 11-3-2016 12:00 PM
missinpiece replied at 11-3-2016 11:50 AM
Google la contoh email dek oiii.. Kononnya semua ada sematphone canggih manggih. Teknologi guna utk  ...

Iols pnh jumpa budak camni..
Hp x pnh lekang dr tgn..
Wifi brodband ada...
Tp bila nk cari tempat, call mak die tanye..
Macam laa mak die tu install maps 1 dunia dlm kepala..

Xreti2 nk guna waze ke, google maps ke..
Pdhal ade je install dlm smartfon tu
Quote missinpiece 11-3-2016 12:04 PM
pearl.silver replied at 11-3-2016 12:00 PM
Iols pnh jumpa budak camni..
Hp x pnh lekang dr tgn..
Wifi brodband ada...

Tula, apa ke halnya tepon canggih balik2 tanya me no tepon Pizzahut
Quote pearl.silver 11-3-2016 12:23 PM
missinpiece replied at 11-3-2016 12:04 PM
Tula, apa ke halnya tepon canggih balik2 tanya me no tepon Pizzahut

Dia igt uols kaunter pertanyaan..hihii..
Quote missinpiece 11-3-2016 12:24 PM
pearl.silver replied at 11-3-2016 12:23 PM
Dia igt uols kaunter pertanyaan..hihii..

Banyakla masa nk melayan dieorg..
Quote sabar_sabariah 11-3-2016 02:13 PM
masa study dulu mmg lecturer tak ajar camne nak tulis email, hantar kat majikan
tapi ada akaun yahoo email, biasa je lah menulis
budak skang ni dorang pandai berfb, twitter, insta
basic dalam microsoft office pun tak reti

yg paling kelakar..
(aku tak citer orang lain, aku cakap pasal adik aku)
tak reti nak cari maklumat kat google
terbeliak biji mata aku..
Quote tengku_anggun00 11-3-2016 03:20 PM
Kalau aku pon marah gak. Kata ada ijazah tp gaya mcm budak sekolah ja. Time sekolah pon dah ajar format rasmi & tak rasmi. Ermmmmm....mls nk komen tp komen gak....aku plak yg stress...
Quote pinguin 11-3-2016 04:25 PM
ni masalah individu yg malas sgt.. tulis emel je kot xkan la susah ntah apa2
Quote Kambeng_Gurun 11-3-2016 06:09 PM
kegunaan email yang bebudak ni tahu hanyalah utk social media je.
Quote bypassthecortex 12-3-2016 06:21 AM
kat sini (US), budak grade 7 (sebaya tingkatan 1 kat Malaysia) dah di ajar buat resume/cv olok2 kat sekolah. Undergrad kat sini, sebelum grad banyak di beri talk pasal cara2 mintak kerja, buat resume, ko nak datang je ke tidak.....student mat salleh ni mostly selekeh and ada yg pengotor (especially student agriculture, lepas gi pig sty terus masuk kelas), tapi time career week, time tu lah korang tengok diorang dressed to kill, dengan kot semua bagai....dah di ajar "berlakon" waktu nak minta kerja, put your best feet forward...
Malas nak komen apa budak2 diajar di melesia, agaknya disuruh "to yourself and your future employee, be true" (jangan hipokrit dengan diri anda dan bakal majikan), kalau selekeh, selekeh la, kalau bodoh, bodoh la........
Quote aderaderker 12-3-2016 08:49 AM
Ada fresh grad dtg mintak keje tmpat aku.
Kat application form tulis email add hantujepun@yahoo com.

Belum apa2 ko dah jadi hantu dek..takut akakkk
Quote mochi1098 12-3-2016 09:16 AM
Girlfren or kakak tolong emel resume utk boipren or laki pon ada. Dahla emel nama acah2 korea. Sakit mata btul tgk
Quote bluehedgehog 12-3-2016 10:41 AM
ni graduan bodoh
Quote awanearisu 12-3-2016 11:42 AM
Sedehnya dek. Ilmu di hujung jari je
Quote tipuware 12-3-2016 10:55 PM
Pls la dekk. Gmbr konvo bukan kemain bergaya. Tapo resume hazab dek. Apa salahnya ko create new emel id  drpd oakai emel id naughtygirl95@gmail.com ke apa.. then gambar kat resume pls la jgn pakai gmbr crop drpd fb. Pemalas benor ko dek amik gmbr studio satu. Murah aje dek tak smp rm20 kot... yy lagi mahal pemalas  dia jadikan resume jobstreet terus extract jadikan resume rasmi.. kot ye takde pengalaman keje  takkan la ko xde bt part time ke.. terlibat dgn projek masa u ke.. adoi la dekk. Camne nak bayar gaji rm3k
Quote bunnyhoney 12-3-2016 10:58 PM
Budak2 baru nak up ni bukn boleh ditegur...

Aku pernahla nk tlg adik member buat resume n surat..tulis english gramar salah kaw2.... aku tegur suh betulkan..dah sentap pulak...kalu salh skit2 xper jugak ini gaya budak upsr punya grammar salah ...ada master..last2 jd cikgu gomen jugak...lantak kau lah...
Quote ayorsuam 13-3-2016 12:07 AM
Aku pernah dapat resume dari sepasang kekasih fresh grad Master yg 'share' coverletter & resume, part personal details & gambar je lain. Pointer for both was 3.9x. Boleh ke nak panggil diorang tak pandai kan..1 perkara yg buat aku annoyed adalah generasi muda yg tak tau nk gunakan huruf besar utk bezakan kata nama am & khas. Main belasah aje. Patutnya benda ni dah faham masa sekolah rendah dulu.
Quote aza 26-3-2016 10:43 AM
ini baru resume. belum lagi yg dtg interview.. dengan pakai srluar jeansnya, pakai t shirt. yg lelaki rambut panjang mengalahkan iklan rebonding.. kitaorang memang takda masa nak layan.. suruh balik terus... tiada etika berpakaian langsung..  buat cam nak gi shopping kat mall..
kekadang pk camner nak.tolong bebudak ni dapat keje kalau xnak tolong diri sendiri.. org nak tolong pun xda mood.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.091316 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top