CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Graduan Kejuruteraan Pilih Kelulut

9-6-2014 10:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13076| Komen: 35

Description: Berkongsi Kisah, Anak Kedua Daripada Lima Beradik Bagi Pasangan Mohd Apandi Sidek, 53, Dan Hasmah Mat Ali, 53, Itu Berkata, Walaupun Peringkat Awalnya Dia Tidak Mempunyai Minat, Namun Segalanya Beruba ...


Biarpun mempunyai diploma Kejuruteraan Elektronik daripada Politeknik Kuala Terengganu, seorang belia memilih untuk terjun ke bidang ternakan dengan mengusahakan lebah kelulut di Kampung Padang Tara, di sini.

Mohd Fakrullah Mohd Apandi, 24, kini mampu tersenyum lebar setelah ternakan yang diusahakan bermula sekitar 2010 menunjukkan perkembangan membanggakan.

Berkongsi kisah, anak kedua daripada lima beradik bagi pasangan Mohd Apandi Sidek, 53, dan Hasmah Mat Ali, 53, itu berkata, walaupun peringkat awalnya dia tidak mempunyai minat, namun segalanya berubah setelah saban hari dia berjinak dengan kelulut.

“Sebelum ini saya langsung tak ada pengetahuan atau pengalaman berkaitan ternakan lebah kelulut, tapi hasil idea ayah dan sokongannya berikan saya semangat.
"Rakan sekerja ayah yang juga kakitangan Mardi juga banyak membantu pada peringkat permulaan," katanya.


Ternak di sekeliling rumah

Mohd Fakrullah berkata, berbekalkan RM500 suntikan modal daripada ayahnya, dia mula mengorak langkah dengan hanya mengusahakan sekotak koloni atau sarang di hadapan rumah.

Dia juga membuat sendiri sarang kelulut menggunakan kayu sebagai salah satu cara menjimatkan kos.

“Secara beransur-ansur bilangan koloni ditambah dan sehingga kini ada 80 kotak koloni yang ditempatkan bukan sahaja di sekeliling rumah saya, tetapi di rumah penduduk lain di kampung ini yang sudi membantu saya dari aspek lokasi," katanya.

Sejak menceburkan diri dalam bidang tersebut, Mohd Fakrullah mengakui kehidupannya sudah berubah kerana selain menguruskan ternakan, dia juga perlu menambah pengetahuan dalam pelbagai perkara berkaitan bagi memastikan usaha dilakukan membuahkan hasil.


Hasrat komersialkan hasil

Memandangkan masih baru, hasil madu lebah kelulut berkenaan hanya dipasarkan kepada kenalan dan penduduk kampung yang sering bertandang ke rumahnya.
“Buat masa ini, saya hanya botolkan madu dalam dua saiz dengan harga RM60 bagi 220 gram dan RM80 untuk 320 gram.

"Biasanya madu diambil sekitar dua bulan sekali daripada koloni, tapi secara purata kira-kira dua kilogram sebulan madu dapat dikumpulkan," katanya.

Menurutnya, setakat ini permintaan sentiasa ada dan memang menjadi hasratnya untuk memasarkan madu berkenaan secara komersial, namun dia perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara termasuk aspek pengeluaran bagi memastikan dapat memenuhi permintaan pelanggan.

“Selain hasilkan madu, sasaran saya juga dari aspek pembiakan koloni atau sarang.

"Sokongan padu keluarga khususnya ayah, penduduk kampung sebenarnya banyak membantu saya untuk mencapai ke tahap sekarang walaupun masih baru,” katanya.
Dapat bantuan penduduk kampung

Menyentuh mengenai cabaran dihadapinya, Mohd Fakrullah berkata, selain kekurangan modal, dia juga berdepan situasi kelulut ‘lari’ berikutan kekurangan bunga di sekeliling rumahnya.

“Sejak empat bulan lalu, kira-kira tiga penduduk bersetuju menjadikan kawasan rumah mereka sebagai lokasi untuk menempatkan koloni. Beberapa individu lain juga telah menyatakan persetujuan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha JKKK Padang Tara, Mohd Rosdan Draman berkata, ternakan lebah kelulut merupakan salah satu produk kampung,  sekali gus menjadi identiti bagi kampung berkenaan.

6

Bagus

Marah
8

Terkejut
2

Sedih

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 7-6-2014 05:15 AM
kelulut ni apa kelulusannya?
Quote vespa_oren 7-6-2014 08:06 AM
Dulu bilik aku pernah kelulut buat sarang, penangan lama xbalik kampung
Quote FanTasyCreaTioN 7-6-2014 08:26 AM
TT @RockRockRock  kiter tumpang tepek pasal kelulut ni kat sini gak yer

terjumpa tadi masa dok tanyer pakcik google apa tu kelulut.. cuma tau lebah ja buat madu






RAMAI yang beranggapan kelulut merupakan sejenis serangga seperti lebah madu yang tidak boleh menghasilkan madu dalam kuantiti banyak. Hakikatnya, serangga yang banyak ditemui di hutan hujan tropika itu boleh membantu menjana pendapatan seseorang jika bersungguh-sungguh mengusakan dan tahu kaedahnya.

Hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) penternakan kelulut yang diusahakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya membuktikan meningkatkan pengeluaran madu kelulut sehingga 2 kilogram (kg) untuk satu koloni dalam tempoh satu bulan.

Menurut Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd. Fahimee Jaapar, sebelum ini kelulut hanya digunakan sebagai ajen pendebungaan sahaja dan biasanya boleh menghasilkan madu dalam tempoh satu bulan.

"Sebelum tahun tahun 1990, madu kelulut belum lagi dikomersialkan, selepas melihat potensi kelulut, satu program telah diaktifkan oleh MARDI untuk mengkaji perilaku serangga tersebut," katanya ketika ditemui.

Hasil penyelidikan tersebut telah berjaya dimanfaatkan oleh beberapa usahawan produk berasaskan madu, termasuklah Syakirah Hamdan, 24.

Menurut pengusaha madu kelulut yang banyak mendapat nasihat dan tunjuk ajar MARDI itu, beliau berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu dan propolis serangga tersebut.

Propolis ialah struktur binaan sarang kelulut dan kantung simpanan madu yang dihasilkan daripada campuran resin pelbagai sumber botani seperti pokok dan tumbuh-tumbuhan.

Potensi kelulut

Propolis terbahagi kepada dua iaitu propolis yang lembut dan keras dan rapuh.

Syakirah yang mengambil alih perniagaan Trigona Bee daripada ibunya, Norlezah Baharom, 53, akhir tahun lalu menjelaskan, hasil kerjasama dan khidmat nasihat MARDI membolehkan madu dihasilkan lebih banyak dan berkualiti sehingga boleh dikomersialkan.

Ujar bekas penuntut Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur jurusan Diploma Perniagaan itu, sebelum ini Trigona Bee ditubuhkan pada tahun 1995, syarikat tersebut hanya menternak lebah madu sahaja, namun setelah mendapati potensi dan khasiat madu kelulut lebih baik maka syarikat tersebut cuba kepada menternak kelulut.

Credit To : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm




Quote FanTasyCreaTioN 7-6-2014 08:34 AM
ni lak rupa kelulut



Kelulut is a local Malayan tiny bee-like insect which feeds on nectar. Black in color and is quite harmless. Kelulut comes in a number of species. Kelulut honey is very rare and can be expensive, It is believed to have high medicinal value.



Quote ultra78 7-6-2014 08:39 AM
Rupanya tak secomel lebah
Quote Artemesiaa 7-6-2014 08:53 AM
Baguslah berani berusaha sebegini yang sudah tentu lebih menguntungkan dari sekadar harap makan gaji selepas tamat pengajian.
Quote RockRockRock 7-6-2014 09:02 AM
FanTasyCreaTioN posted on 7-6-2014 12:26 AM
TT @RockRockRock  kiter tumpang tepek pasal kelulut ni kat sini gak yer

terjumpa tadi masa dok ta ...


Quote secretservice 7-6-2014 09:25 AM
Artemesiaa posted on 7-6-2014 08:53 AM
Baguslah berani berusaha sebegini yang sudah tentu lebih menguntungkan dari sekadar harap makan gaji ...

kalau semua orang pergi kerja sendiri ngn kerja syarikat2 kerja kerajaan siapa nak buat??
Quote MissNigga 7-6-2014 09:33 AM
berita cam ni yang kita nak dengar ...
~anak muda yang mampu berdikari
~masyarakat kampung yang jujur menyokong agar budak ni mampu berdikari
Quote noor2 7-6-2014 09:34 AM
apa beza khasiat masu kelulut dgn lebah?
Quote noor2 7-6-2014 09:35 AM
ultra78 posted on 7-6-2014 08:39 AM
Rupanya tak secomel lebah

tula...nak tahu khasiatnya...kalau tak geli nak mkan madu ni....

Quote xAthenax 7-6-2014 09:42 AM
FanTasyCreaTioN posted on 7-6-2014 08:34 AM
ni lak rupa kelulut

kamek time kecik2 dolok nang selalu jak makan nectar barang tok
nya selalu bersarang di pokok anok ada lubang..
nya sik gigit kedak lebah...
Quote MissNigga 7-6-2014 09:53 AM
xAthenax posted on 7-6-2014 09:42 AM
kamek time kecik2 dolok nang selalu jak makan nectar barang tok
nya selalu bersarang di pokok ano ...

kak..lebah sik gigit lah..tapi nyengat
Quote famri7 7-6-2014 09:58 AM
madu kelulut atau stingless bee nih antara madu paling sedap purnah aku makan..rasa persis100% sunsweet prune juice...tapi harga mahal sebab lebah nih kurang hasilkan madu.tapi memang sedap. Last edited by famri7 on 7-6-2014 09:59 AM

Quote mogey 7-6-2014 10:02 AM

Mahal madu kelulut ni, 1 botol RM100. Kaya usahawan muda ni
Quote TuntungReturn 7-6-2014 10:05 AM
noor2 posted on 7-6-2014 09:34 AM
apa beza khasiat masu kelulut dgn lebah?

bermadu je pompuan kate xde khasiat
Quote TuntungReturn 7-6-2014 10:07 AM
kalo nk madu tualang ori leh pi mdu house kt kedah.aku mdu tualang je minumm.alhamdulilahh..kesihatan mkin eloj
Quote SissySembah 7-6-2014 10:17 AM
apa kena mengena dengan jurutera dik?
dia ternak lebah guna robotic ke apa?
Quote ultra78 7-6-2014 10:39 AM
[youtube]216aef63Zhg[/youtube]

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.068195 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top