CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jangan Risau, UiTM Kan Ada Untuk 'Student' Bengap" - Netizen

7-3-2016 12:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 15567| Komen: 51

Oleh Adib Za


Sejak keputusan SPM diumumkan minggu lalu, pelbagai reaksi yang dilemparkan di kalangan masyarakat yang ada kaitan dengan keputusan itu.

Salah satu status ini, mendapat perhatian kerana netizen ini nampak seperti 'memujuk' para pelajar yang kurang berjaya. 

Dalam pada yang sama, secara terang-terangan menujukan statusnya yang begitu anti terhadap salah satu universiti tempatan, UiTM.

"Result hancur jangan risau. UiTM kan ada. Sebab kebanyakan yang bengap semua masuk UiTM.."

Status berbentuk provokasi kepada semua mahasiswa dan juga bekas penuntut UiTM itu nyata berjaya menjadi viral seperti yang dimahukan oleh si penulis status itu. Untuk itu, tahniahlah.


Meskipun apa yang anda tulis dan nukilkan itu hanya dari sudut pandangan yang tertutup dan terkebelakang, namun ia berjaya mempopularkan anda. 

Lupakan seketika netizen tersebut. Satu status balas yang ditulis oleh netizen bernama Jamalee Bashah ini turut mendapat perhatian. 

Katanya, dia merupakan produk UiTM. Jika dikatakan bengap, ya mungkin dia bengap. Itu katanya. 


"Tapi saya bersyukur wujudnya UiTM. Dalam keadaan mungkin tiada uni yang nak saya (nak pergi swasta memang tak mampu), UiTM terima budak bengap macam saya. Diberi kepercayaan, dididik dan diasuh, digilap sehingga jadi manusia dan warga berguna."

"Institusi yang hebat adalah institusi yang mampu mengambil pelajar yang bengap seperti saya (juga kurang kemampuan), dan menjadikan saya insan yang berguna. Ini sebenar-benarnya cabaran terhebat sebuah institusi pendidikan.."

"Dan UiTM berjaya dalam berhadapan cabaran tersebut.." nukil Jamalee.

Penulis sangat bersetuju dengan pandangan netizen bernama Jamalee ini. Bak katanya, UiTM berjaya membentuk pelajar 'bengap' ini agar menjadi berjaya bila bergraduasi satu hari nanti.  - CARI Infonet
16

Bagus
12

Marah
26

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 7-3-2016 12:58 PM
yang ian dengan adi tu masuk U mana?
Quote kentel 7-3-2016 01:03 PM
so kena support uni bumi la?
Quote Intanmahsuri 7-3-2016 01:06 PM
prettyuglybabe replied at 7-3-2016 12:58 PM
yang ian dengan adi tu masuk U mana?

Kolej swasta kot. Baru lah urban...ekekekek
Quote crazecousa 7-3-2016 02:33 PM
anak2 menteri bodoh rilek je pi blajaq oversea...barua btoi
Quote mdhelmi 7-3-2016 03:06 PM
org yg kata bengap tu secara xlangsung menunjukkan ciri2 yg serupa
Quote _______ 7-3-2016 04:09 PM
Apake nyanyok...
Quote 4everMore 7-3-2016 04:20 PM
Mmg la ramai yg masuk tp tak dapat di nafikan ramai yg drop out d kmudian hari tak pun pindah course yg lebih senang..
Quote iznanaziz 7-3-2016 04:38 PM
kentel replied at 7-3-2016 01:03 PM
so kena support uni bumi la?

KENTEL

AKU TERPERANJAT TENGOK AVATAR KO NI...
UIIII..SEMANGAT
Quote Mary_jane 7-3-2016 04:43 PM
Maafkan lah ian, dia mabuk ganja. Bob marley wanabe.
Quote uniq61 7-3-2016 05:33 PM
yang ian dengan adi tu masuk U mana?

UNIVERSITAS KOT?
Quote irwansuhadi 7-3-2016 06:18 PM
walaupun ada skeptikal tentang universiti2 di Malaysia, sepatutnya tak payahlah nak mencari publisiti murahan sebegini.
Quote revoc 7-3-2016 07:35 PM
kikiki

uitm panas beno bab bab ginih

misti nak menang jekkk


bia jek braggin rite duk ngan org len,apa kesah
Quote kambinggila 7-3-2016 10:50 PM
UITM bukan utk pelajar bengap tapi utk semua. yg tak berapa cemerlang boleh apply sebab UITM tahu diorang ni masa SPM terlalu enjoy

Ada je produk UITM yang lagi cemerlang lepas belajar compare to produk UTM/USM
Quote kentel 8-3-2016 07:52 AM
iznanaziz replied at 7-3-2016 04:38 PM
KENTEL

AKU TERPERANJAT TENGOK AVATAR KO NI...

hahaha...comel kan???

[youtube]pXnHVrmn9n8[/youtube]
Quote kookie92 8-3-2016 08:36 AM
Adik saya straight A pun pilih uitm..
Quote iznanaziz 8-3-2016 09:21 AM


udoh kelakar pulak jadinya
masa tengok avatar kecik tu, mcm hentak2 kaki
bila tengok videonya
dah jerit2
suara halus je

Quote NBM 8-3-2016 09:24 AM
crazecousa replied at 7-3-2016 02:33 PM
anak2 menteri bodoh rilek je pi blajaq oversea...barua btoi

aku setuju..haha...

Quote NBM 8-3-2016 09:25 AM
mesti dia kecik ati x dpt masuk UiTM ni..
Quote kentel 8-3-2016 09:30 AM
iznanaziz replied at 8-3-2016 09:21 AM
udoh kelakar pulak jadinya
masa tengok avatar kecik tu, mcm hentak2 kaki
bila tengok vide ...

banyak lagi org edit dkt youtube..hahaha...

[youtube]iUXAHc-ABoY[/youtube]

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.117661 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top