Oleh Izzah Abbasy
Bekas jurulatih pasukan Kelantan, The Red Warrior, Bojan Hodak mengakui sedia untuk kembali membimbing skuad jaguh Pantai Timur. Pengakuan jurulatih berusia berusia 44 tahun itu harus tambah 'memanaskan' lagi kedudukan beberapa jurulatih Liga M, yang kini sedang bergelut dengan masalah prestasi skuad kendalian masing-masing Jurulatih Kelantan, K Devan tercabar apabila Bojan disebut-sebut akan menggantikan tempatnya jika beliau gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW). Bagaimanapun, Devan boleh menarik nafas lega seketika kerana jurulatih dari Croatia itu mengesahkan belum menerima sebarang tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk komen kerana tiada sesiapa (dari KAFA) yang menghubungi saya setakat ini. Saya sedia membimbing mana-mana pasukan jika mendapat tawaran yang baik daripada pasukan terbabit," katanya kepada BH. - CARI Infonet
|
ADVERTISEMENT