CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2239|Reply: 4

[Tempatan] Bojan Hodak Sedia Ganti Devan Kendali Kelantan

[Copy link]
Post time 24-2-2016 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-IIN at 24-2-2016 11:47 AM

KUALA LUMPUR: Bekas pengendali Kelantan, Bojan Hodak, mengakui sedia untuk kembali membimbing skuad jaguh Pantai Timur itu atau mana-mana pasukan lain dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).



Pengakuan jurulatih berusia berusia 44 tahun itu harus tambah 'memanaskan' lagi kedudukan beberapa jurulatih Liga M, yang kini sedang bergelut dengan masalah prestasi skuad kendalian masing-masing.

Jurulatih Kelantan, K Devan mungkin yang paling 'panas' dengan pengakuan terbuka Hodak itu tatkala khabar angin yang tersebar ketika ini bekas jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) itu disebut-sebut akan menggantikan tempatnya jika beliau gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Bagaimanapun, Devan boleh menarik nafas lega seketika kerana jurulatih dari Croatia itu mengesahkan belum menerima sebarang tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

"Saya tidak mempunyai apa-apa untuk komen kerana tiada sesiapa (dari KAFA) yang menghubungi saya setakat ini. Saya sedia membimbing mana-mana pasukan jika mendapat tawaran yang baik daripada pasukan terbabit," katanya kepada BH Sukan, semalam.

BH Sukan semalam melaporkan tindakan penaja utama skuad PQPTRW, Datuk Hasmiza Othman memuat naik status dan gambar Hodak yang dipetik dari Facebook penyokong mencetuskan tanda tanya sama ada jurulatih itu bakal dilantik pengendali baharu Kelantan.

Anak didik Devan dilihat masih bergelut di awal musim ini selepas sekadar meledak dua gol dalam tiga perlawanan dan hampir diaibkan pasukan 'pelajar universiti' UKM FC pada pusingan kedua Piala FA, Sabtu lalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2016 12:29 PM | Show all posts
All the best utk TRW
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 12:41 PM | Show all posts
alamak baru tak sampai sebulan musim bola malaysia bermula
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2016 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Stended ke.laut tapi management mcm gampang
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg je tok bidah jd coach

Dia lbh tauuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.242774 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list