Oleh Izzah Abbasy
Selepas penglibatan seorang pelajar PhD dari Malaysia Hafizah Noor, dalam membuktikan Teori Gelombang Graviti yang diramal kewujudannya oleh Albert Einstein kira-kira 100 tahun lepas sekaligus telah mengangkat nama Malaysia ke mata dunia. Berhubung isu itu, seorang pengguna laman Twitter Asrul Asfar, bertanyakan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin samada kerajaan ada merancang untuk mencalonkan Hafizah sebagai ikon belia. Tweet tersebut mendapat perhatian dari KJ yang berkata beliau sendiri akan mencalonkan Hafizah : "Satu idea yang bagus. Anugerah biasa diberi pada Hari Belia bulan Mei. Saya akan calonkan.", kata KJ. Selain itu, KJ juga turut menjelaskan tentang pengertian 'ikon belia' apabila ditanya mengenai kriteria yang diperlukan untuk menjadi salah satu darinya. "@Khairykj @asrulmm @KBSMalaysia Yb selalunya apa kriteria untuk dipilih sebagai "ikon belia"?", tanya pengguna Twitter Aizie Suib. KJ kemudian menjawab : "Itu gelaran tidak rasmi diberi kepada penerima Anugerah Khas Hari Belia Negara tiap2 tahun. " - CARI Infonet
|
35
Bagus |
36
Marah |
15
Terkejut |
21
Sedih |
24
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Bateesta replied at 23-2-2016 11:12 PM
bukan ikon belia msti anak menteri dr indonesia ke
kemaruk replied at 23-2-2016 11:16 PM
macam akhirnyaaaaaaa jugak la lebih kurang bro
jejaka_hensem replied at 24-2-2016 03:12 AM
korg dok mengata kqt anak wak jahit ni,xtakut ke kena merangkak kat padng masyar nti nak cari dia mi ...
mbhcsf replied at 24-2-2016 03:41 AM
well, biasalah tu.... sebab kalau allah pun kena hina dan nabi pun kena hina di CI , apatah lagi m ...
jejaka_hensem replied at 24-2-2016 03:50 AM
ye,faham sis .
ADVERTISEMENT