Susulan ada ura-ura yang mengatakan hari ini merupakan hari pelantikan Menteri Besar Kedah yang baru, Datuk Seri Mukhriz Mahathir minta penyokongnya supaya bertenang dan tidak membuat kacau walaupun tidak puas hati dengan kemelut kepimpinan semasa yang boleh menyebabkan beliau kehilangan jawatan Menteri Besar. Beliau berkata, hak untuk bersuara itu tetap terjamin dan ia masih boleh dilakukan dalam suasana aman dan tertib. "Kita tidak perlu buat demonstrasi dan kekacauan kerana itu bukan cara kita. Kita masih ada hak bersuara dan ia boleh dilakukan dalam majlis seperti ini. Walaupun kecil, kita masih boleh menyampaikan isi hati kita," katanya ketika berucap di hadapan kira kira 1,000 penyokongnya di Kampung Sanglang malam kemarin.
Mukhriz dalam pada itu, membidas penentangnya yang disifatkan tiada modal untuk dijadikan senjata bagi menjatuhkannya.- CARI Infonet sumber berita: bharian.com.my/
|
16
Bagus |
19
Marah |
16
Terkejut |
32
Sedih |
43
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
namirulmukminin replied at 27-1-2016 11:29 AM
Kalu mukhriz disingkir, elok keluar je UMNO... Pastu next PRU bertanding calon bebas pro PAS... Komp ...
scorpionkiki replied at 27-1-2016 11:34 AM
Satgi pahkrolazi buat pulak media conference... cakap mukriz tak hafal surah al mulk... tak layak ...
ADVERTISEMENT