Oleh : TS LOO
4 maut, manakala 20 lain cedera dalam serangan bunuh diri di sebuah daerah di Afghanistan berhampiran parlimen, pejabat menteri dan Kedutaan Russia, petang kemarin. Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan Awam, Ismail Kawusi, berkata mangsa yang cedera dalam kejadian serangan itu terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Jurucakap polis di ibu kota ini, Basir Mujahid berkata penyerang mensasarkan Jalan Darulaman dan kawasan itu masih belum selamat sehingga kini. "Polis berusaha mengenal pasti mangsa serangan, namun tiada anggota tentera menjadi mangsa, hanya orang awam," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi, menerusi akuan Twitter.
Pengeboman itu adalah siri serangan bunuh diri terbaharu di ibu kota ini ketika usaha damai sedang dilakukan dengan Taliban. Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan terbabit. Sumber berita : REUTERS |
22
Bagus |
23
Marah |
11
Terkejut |
12
Sedih |
11
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT