Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Balairaya Gemereh 4. Memetik dari sinarharian, Baginda yang diiringi oleh Pegawai Daerah Segamat, Ahmad Ma'in dan ketua-ketua jabatan di daerah ini tiba di Balai Raya Gemereh 4 pada jam 9.45 pagi yang menempatkan lima keluarga mangsa banjir. Dalam lawatan singkat itu, baginda sempat beramah mesra dengan mangsa yang berada di pusat pemindahan tersebut yang berada di pusat pemindahan itu sejak tengah hari Sabtu selain berkenan menyampaikan sumbangan kepada mereka. Menurut Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara, pusat pemindahan yang masih dibuka ialah Balai Raya Gemereh 4, di daerah Segamat yang menempatkan 25 orang daripada lima keluarga.
Sementara itu, di Balai Raya Kampung Lepau di Kota Tinggi menempatkan enam orang dari tiga keluarga. Semalam, satu pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sialang di Tangkak, yang menempatkan 20 mangsa daripada lima keluarga telah ditutup pada pukul 5.30 petang. - Bernama |
19
Bagus |
18
Marah |
23
Terkejut |
23
Sedih |
18
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
harkktuih replied at 4-1-2016 01:01 PM
Tajuk Sultan masak nasi goreng. Artikel citer pasal melawat jer.
Kalau exam karangan neh mmg fail.
CiliPadiSedap replied at 4-1-2016 01:05 PM
karangan terpesong ni kak.
lumie replied at 4-1-2016 06:14 PM
Sometimessss.. mcm too much publicity given..
ADVERTISEMENT