ketua Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah mengulas kenyataan Ketua menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron semalam yang menyifatkan Noor Jan Tuah seorang “yang mungkin tidak waras.” Raja Noor Jan Shah Tuah, mengaku dirinya sebagai sultan Melaka dan pernah ditahan polis tahun lalu bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung beberapa majlis penganugerahan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf kerajaan. Menulis di Facebook, beliau memberi anugerah kebesaran kepada Abdul Rani, yang didakwa Isnin lalu tetapi tidak dinyatakan lokasinya. Abdul Rani menggesa Idris tidak memberi label negatif itu kerana tanggapan buruk itu “bukan contoh yang bagus bagi seorang ketua menteri.” “Sebagai pemimpin tertinggi di Melaka, Idris perlu tunjuk contoh yang baik dan bukan semudahnya label orang itu gila atau tidak waras. “Idris bercakap macam dia ada masalah peribadi dengan ‘sultan’ itu. Ini bukan contoh yang bagus bagi seorang ketua menteri,” katanya, yang suka membahaskan dirinya ‘Ayah,’ kepada ProjekMMO semalam. “Ayah nak tanya Idris, adakah dia sudah kenal betul dengan ‘sultan’ Melaka itu sampai dia tahu orang itu gila atau tidak? Jangan mudah bagi kenyataan macam-macam. Biar pihak polis yang siasat dulu, kemudian barulah buat keputusan.” Pada 14 November 2005, Noor Jan dilaporkan muncul bersama dua daripada empat “permaisurinya” di istiadat penganugerahan watikah gelar adat kesultanan Melaka ke-44 yang dihadiri 500 pengikutnya di sebuah dewan di Gombak, Selangor.
Sumber – MalayMail
|
5
Bagus |
10
Marah |
10
Terkejut |
11
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
red_cattleya replied at 31-12-2015 03:36 PM
lahh..igtkn betul2 lar dpt gelaran dpd soltan..
ADVERTISEMENT