View: 4008|Reply: 35
|
[Tempatan]
Jangan Label ‘Sultan Melaka’ Tidak Waras, Kata Rani Kulup
[Copy link]
|
|
Jangan Label ‘Sultan Melaka’ Tidak Waras, Kata Rani Kulup
Posted on December 31, 2015 by Abdul Mursyid Zainuddin|
KUALA LUMPUR — Ketua menteri Melaka tidak sewajarnya melabelkan individu tertentu sebagai tidak waras tanpa mengenalinya terlebih dahulu, kata ketua Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia.
Abdul Rani Kulup Abdullah, yang popular dengan slogannya “kipidap,” mengulas kenyataan Datuk Seri Idris Haron semalam yang menyifatkan Noor Jan Tuah seorang “yang mungkin tidak waras.”
Lelaki berasal dari Perak itu, yang memakai nama baru Raja Noor Jan Shah Tuah, mengaku dirinya sebagai sultan Melaka. Menulis di Facebook, beliau memberi anugerah kebesaran kepada Abdul Rani, yang didakwa Isnin lalu tetapi tidak dinyatakan lokasinya.
Dalam foto di media sosial itu, Abdul Rani menyerah bukunya “Ayahanda Rani Kulup #kipidap,” yang dilancarkan September lalu, kepada Noor Jan dengan poster besar di belakang mereka bertarikh 28 September 2013.
Mengulas anugerah tersebut, Idris berkata darjah kebesaran yang diberi oleh “sultan” itu tidak berharga kerana ia tidak diiktiraf kerajaan.
Abdul Rani, popular selepas sering membuat bermacam-macam aduan polis di sini, diberikan anugerah “Darjah Paduka Mahkota Melaka” oleh Noor Jan, yang disifatkan oleh ketua menteri itu sebagai seseorang yang “hidup dalam alamnya sendiri.”
Abdul Rani menggesa Idris tidak memberi label negatif itu kerana tanggapan buruk itu “bukan contoh yang bagus bagi seorang ketua menteri.”
“Sebagai pemimpin tertinggi di Melaka, Idris perlu tunjuk contoh yang baik dan bukan semudahnya label orang itu gila atau tidak waras.
“Idris bercakap macam dia ada masalah peribadi dengan ‘sultan’ itu. Ini bukan contoh yang bagus bagi seorang ketua menteri,” katanya, yang suka membahaskan dirinya ‘Ayah,’ kepada ProjekMMO semalam.
“Ayah nak tanya Idris, adakah dia sudah kenal betul dengan ‘sultan’ Melaka itu sampai dia tahu orang itu gila atau tidak? Jangan mudah bagi kenyataan macam-macam. Biar pihak polis yang siasat dulu, kemudian barulah buat keputusan.”
Tahun lalu, Noor Jan ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung beberapa majlis penganugerahan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf kerajaan.
Noor Jan, 57, berasal dari Kampung Teluk Perang, Perak ditahan ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar, Melaka dipercayai menghadiri majlis kesyukuran wujud kembali “kesultanan Melayu Melaka.”
Pada 14 November 2005, Noor Jan dilaporkan muncul bersama dua daripada empat “permaisurinya” di istiadat penganugerahan watikah gelar adat kesultanan Melaka ke-44 yang dihadiri 500 pengikutnya di sebuah dewan di Gombak, Selangor. – MalayMail
|
|
|
|
|
|
|
|
ala...cakap je la ayah dah dapat pangkat tu |
|
|
|
|
|
|
|
ayah ngan sultan sama jek sifatnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Rani Kulop dah buat report polis ttg isu ni?
Buat la report....baru polis boleh siasat |
|
|
|
|
|
|
|
2x mengong |
|
|
|
|
|
|
|
lu pun org cop tak waras, ada hati nak selamatkan org |
|
|
|
|
|
|
|
dua dua sama gila.....semua boleh sumbat masuk wad |
|
|
|
|
|
|
|
lantak diaorg lh waras or tak...aku nk pmimpin y waras y boleh kurangkn kos sara idup y tinggi skrg nih...tp y waras x pulak mmbantu mngurangkan kos... |
|
|
|
|
|
|
|
si giler nih nak kat uqasha... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya tak perlu pun akhbar layan dua orang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya tak perlu pun akhbar layan dua orang ni |
|
|
|
|
|
|
|
geli tengok dorang ni..masing2 gigih cari populariti..batak like sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Dijangka 2016 ni makin ramaik org tak waras yg bleh join da club
kesan dr kehidupan yg semakin kompleks |
|
|
|
|
|
|
|
bukan tak waras, cuma gila saja... |
|
|
|
|
|
|
|
reporter dah mati kutu ke nk cari sumber2 berita ?
patut la sales surat khabar merudum |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mamat ni jadi sultan, pstu bantu ramai org miskin kt melaka,
aku rasa ramai org sokong dia.
ni setakat buat majlis, declare dia sultan.
bini smpai 4, kete besar2.
lagila org menyampah.
|
|
|
|
|
|
|
|
biarlah... asalkan x buat jahat sudahlah...
rakyat perllukan hiburan... |
|
|
|
|
|
|
|
lahh..igtkn betul2 lar dpt gelaran dpd soltan.. |
|
|
|
|
|
|
|
hi awak....
bertuahnya kalau bangkem dapat gelaran sebagai seorang ayah kepada anak2 awak
|
|
|
|
|
|
|
| |
|