CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selamat Tahun Baru Dan Sentiasa Bergembira - Perdana Menteri

1-1-2016 03:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5148| Komen: 26

Description: Tahun 2015 telah melabuhkan tirai semalam, pelbagai kenangan dan kejadian yang menggemparkan negara berlaku sepanjang 2015 pastinya

Oleh : Dean BZ



Tahun 2015 telah melabuhkan tirai semalam, pelbagai kenangan dan kejadian yang menggemparkan negara berlaku sepanjang 2015. Pastinya peristiwa ini tidak akan pernah hilang diingatan rakyat.

Memetik laporan malaysiandigest, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga sedar implikasi daripada masalah ini akan terpalit kepada rakyat yang juga kini dihimpit masalah peningkatan kadar kos sara hidup.

"Keselesaan dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi menjadi pertimbangan sebelum sesebuah polisi dibentuk. Saya sedar ramai yang dihimpit dengan kenaikan harga barang dan bimbang dengan pekerjaan yang menjamin masa depan keluarga dan anak-anak.


"Kerana itu pada pembentangan Bajet lepas kerajaan menurunkan kadar cukai keluarga berpendapatan sederhana, meningkatkan gaji minimum dan menyalurkan BR1M kepada mereka yang memerlukan," katanya dalam ucapan Tahun Baru Perdana Menteri di blog najibrazak.com hari ini.

Najib turut memberitahu bahawa sasaran negara pada 2016 adalah untuk mengekalkan keharmonian, perpaduan dan keadilan kepada rakyat.

"Sekiranya dapat meletakkan perbezaan dibelakang dan menyerap semangat baru menyatukan kita sebagai rakyat negara yang kita cintai, saya pasti tahun 2015 akan menjadi tahun kita boleh mara bersama dengan yakin, bersatu menuju masa depan.

"Saya ingin mengucapkan kepada semua rakyat Malaysia Selamat Tahun Baru dan sentiasa bergembira," kata Najib lagi.


Sumber - mD



11

Bagus
10

Marah
22

Terkejut
30

Sedih
34

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (123 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mary_jane 1-1-2016 12:22 PM
Tahun 2016 pasti lagi hebat cabaran nya. Best of luck untuk forumer semua.
Quote karipap 1-1-2016 12:44 PM
Makna kata tahun 2016 ni tahun yg lebih baik ke?
Quote randa 1-1-2016 01:41 PM
bila nk blk dr holidays PM kita nih?
Quote tupaiterbang 1-1-2016 01:49 PM
karipap replied at 1-1-2016 12:44 PM
Makna kata tahun 2016 ni tahun yg lebih baik ke?

tahun depan lebih menyeksa, simpan2 la duit utk bertahan sampai pertengahan 2017
Quote CrowneGlory 1-1-2016 02:10 PM
Mencabar la kerna kamu bodow...
Quote cpixie 1-1-2016 02:41 PM
2016 lebih mencabar
Quote periakuning 1-1-2016 02:43 PM
Setiap tahun memang mencabar..nak taknak kena hadapi..
Quote wana89 1-1-2016 06:04 PM
tupaiterbang replied at 1-1-2016 01:49 PM
tahun depan lebih menyeksa, simpan2 la duit utk bertahan sampai pertengahan 2017

Kenapa sampai pertengahan 2017 kaka?? Pilihan raya bukan 2018 ker??
Quote mamarock 1-1-2016 06:12 PM
Menyentuh isu 1MDB, Najib menjelaskanpelan rasionalisasi berjalan dengan lancar termasuk pemeteraian perjanjian baru bersama Iskandar Waterfront Holdings


Sultan Johor minta kita kasi can Najib peluang membetulkan keadaan..

Moga Tahun 2016 jadi tahun yang lebih baik ye Abg JIb.
Quote yulbit 1-1-2016 06:20 PM
Saya cabar kamu turun tahta...saya mencabar ni
Quote tupaiterbang 1-1-2016 06:59 PM
wana89 replied at 1-1-2016 06:04 PM
Kenapa sampai pertengahan 2017 kaka?? Pilihan raya bukan 2018 ker??

sebab masa tu baru la derang pam duit masuk
Quote airfilterkotor 1-1-2016 07:10 PM
BR1M ada sebut.
1MDB ada sebut.
Harga minyak ada sebut.


Simpanan semasa 2.6 beliun mana pegi...?
Quote aechae 1-1-2016 07:16 PM
airfilterkotor replied at 1-1-2016 07:10 PM
BR1M ada sebut.
1MDB ada sebut.
Harga minyak ada sebut.

Balik2 gna modal BR1M tu je lah...
Quote airfilterkotor 1-1-2016 07:23 PM
aechae replied at 1-1-2016 07:16 PM
Balik2 gna modal BR1M tu je lah...

Guna modal BR1M dalam ucapan tahun baru perdana menteri.
Sikit pun aku tak rasa impress.

Quote AHMADVW 1-1-2016 07:31 PM
PM from the hell
Quote sapp73 1-1-2016 07:33 PM
hidup rakyat malaysia lagi mencabar najib oii
Quote all4rez 1-1-2016 07:52 PM
Aku perasan semenjak dua menjak ni rambut PM bertambah putih..... apasal ek?
Quote all4rez 1-1-2016 07:53 PM
Aku perasan semenjak dua menjak ni rambut PM bertambah putih. Apasal?
Quote sabbath_shalom 1-1-2016 07:54 PM
Nasib lahhhh....semoga bertabah

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.057371 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top