Oleh Fyruz Hanna Kata orang, bergurau biar bertempat. Semua orang tahu, lapangan terbang kawasan yang paling banyak larangan. Perkataan bom, letupan, letusan atau sebagainya sila lah elak ketika berada di lapangan terbang. Seorang pelancong dikenali Endang Hendri Susandi, sempat membuat lawak dengan berseloroh mengatakan begnya mempunyai bom. Akibatnya dia beserta lagi 2 rakan ditahan dan polis mengelongkar mencari bahan letupan berkenaan sehinga mengakibatkan penerbangan tertunda 3 jam.
Tiada sebarang bahan letupan ditemui. Namun polis berjaya menemukan ubat nyamuk didalam beg suspek. Media Indonesia berkata suspek sudah berada didalam pesawat apabil pihak keselamatan merasa curiga dengan beg Susandi. Semasa dilepaskan, Susandi memberitahu anak kapal: "Jika saya membawa bom saya pasti tidak dibenarkan masuk bukan?' Anak kapal kemudiannya memberitahu pilot yang seterusnya menghubungi pihak polis. Kejadian seumpama ini harus dijadikan pengajaran kerana perkataa 'bom' sememangnya mencetuskan situasi kurang senang lebih-lebih lagi ketika berada didalam pesawat. -CARI Infonet. |
munchkin replied at 28-12-2015 01:59 AM
Berapa kali ulang dah.
melinda_kerr replied at 28-12-2015 02:17 AM
Isue yg sama ke? Tk perasan pulak. Dah search td mcm xde pulak
pearl.silver replied at 28-12-2015 07:13 AM
Dia joking psl bomb tu 2x ke
Camne botol spray tu bleh naik ats..x cek btoi2 ka..
larikesurga replied at 28-12-2015 01:12 PM
ada eh batik air
ADVERTISEMENT