CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Honda City berlagak samseng didenda RM1,000

12-6-2024 11:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1509| Komen: 8

Description: KULAI – Kelakuan samseng seorang pemandu Honda City menumbuk pemandu sebuah van berusia 34 tahun di Jalan Persiaran Sri Putri Utama di sini menerima padah apabila didenda RM1,000 oleh Mahkamah Kulai ...


KULAI – Kelakuan samseng seorang pemandu Honda City menumbuk pemandu sebuah van berusia 34 tahun di Jalan Persiaran Sri Putri Utama di sini menerima padah apabila didenda RM1,000 oleh Mahkamah Kulai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tan Seng Lee berkata, lelaki berusia 33 tahun itu dijatuhi hukuman itu setelah dia membuat pengakuan bersalah bagi kesalahan yang dilakukan dalam kejadian pukul 2.42 petang pada Ahad lalu.

“Hasil siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada semasa pengadu sedang memandu sebuah van di Jalan Persiaran Sri Putri Utama, Kulai telah dihalang sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu tertuduh.

“Tertuduh kemudiannya mendekati mangsa lalu telah bertindak memukul bahagian muka pengadu dengan menggunakan tangan hingga menyebabkan kecederaan di bahagian bibir serta bengkak di bahagian pipi,” katanya kepada pemberita hari ini.


Terdahulu, tular video berdurasi 3 minit 27 saat memaparkan seorang pemandu Honda City warna hitam bersama seorang wanita keluar di tengah jalan dan menuju ke arah sebuah van di belakang kereta terbabit sebelum lelaki berkenaan bertindak memukul pemandu van tersebut.

Seng Lee berkata, hasil siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham setelah mangsa yang keluar simpang di Taman Gunung Pulai hampir bertembung dengan kereta dipandu tertuduh.

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 13-6-2024 07:10 AM
Denda org leh byr..rasa insof tu xsampai.
Menda mcm ni lg elok sumbat jel.
Etlis sebulan minimum.
Baru sel² otak aktif smula.
Quote batmana 13-6-2024 10:17 AM
Org baran biasanya jarang bersihkan tandas..Suh dia cuci tandas awam selama sebulan gtu .haha
Quote miss_white 13-6-2024 10:24 AM
Type C biaaa lah  suka makan panas2
Tuh yg darah cpt naik kepala
Quote miss_white 13-6-2024 10:24 AM
Type C biaaa lah  suka makan panas2
Tuh yg darah cpt naik kepala
Quote rospinki 13-6-2024 10:44 AM
aku pun nk report satu lori ni dok cucuk aku kt jln persiaran raja pastu potong kiri kanan tunjuk hebat lepas aku bagi dia lalu sedangkan hadlaju 80/90 jah aku bawak 80 time tu. mampusla kau kejap lagi aku htr report kt jpj
Quote MissVixen 13-6-2024 10:53 AM
Pemandu van ni main keluar simpang, tak bagi signal dan laluan. Memanglah orang marah. Sebelum ni biasa buat, tapi kali ni kena dengan manusia baran. Yang baran ni pun hon panjang je la. Ini dah fizikal, tak pasal2 melayang duit sendiri.
Quote Iema5008 13-6-2024 01:07 PM
Honda tu pun sengkek.. pakai tayo spare kohkohkoh
Quote KamikuP 13-6-2024 03:56 PM
Honda rahmah ke tu tayar mcm axia kompang? ekekeke

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-6-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.047969 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top