CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor sebak gadis hamil anak luar nikah datang buka buku ‘pink’

16-6-2024 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14503| Komen: 71

Description: PETALING JAYA – Seorang doktor wanita meluahkan rasa sebak ketika menceritakan pengalaman bertemu dengan gadis berusia 20 tahun dipercayai hamil anak luar nikah.

PETALING JAYA – Seorang doktor wanita meluahkan rasa sebak ketika menceritakan pengalaman bertemu dengan gadis berusia 20 tahun dipercayai hamil anak luar nikah.

Menerusi perkongsiannya di TikTok @Dr.fatinsol, beliau berkata, gadis tersebut sanggup menempuh perjalanan dari Segamat ke Pasir Gudang yang memakan masa tiga jam untuk membuka buku ‘pink’.

“Lebih sedih, adik ini datang naik bas. Dari stesen bas, naik Grab pula. Perut dah besar. Bila kami ‘scan’ syukur bayinya sihat,” katanya.

Menurut @Dr.fatinsol, dia menasihati gadis itu agar tidak membuka buku ‘pink’ di Pasir Gudang kerana lokasinya yang jauh dari tempat tinggal.

“Bila saya tanya, teman lelakinya duduk di mana, gadis itu jawab teman lelakinya itu tinggal berdekatan.

“Setelah ditanya mengapa tidak mahu berkahwin, jawabnya dia akan berbuat demikian selepas bersalin.

“Teman lelakinya tidak datang ke klinik untuk menemaninya kerana mereka baru sahaja bergaduh,” katanya.

Lebih memilukan, @Dr.fatinsol berkata, gadis itu sempat bertanyakan adakah proses melahirkan anak tersebut menyakitkan.


“Saya berasa sedih sangat sebab ia mengingatkan saya pada anak saya. Saya cakap, beranak memang sakit tetapi ada ubat dan boleh sembuh.

“Saya minta gadis tersebut bincang dulu dengan ibu bapa. Jika mereka boleh terima, boleh jaga anak itu bersama-sama,” katanya.

Dalam pada itu, @Dr.fatinsol sempat memberikan pesanan kepada ibu bapa di luar sana agar sentiasa berdoa supaya Allah SWT menjaga keturunan daripada ujian-ujian sebegini.


“Lagipun, antara tanda-tanda kecil kiamat adalah zina yang berleluasa. Benda ini adalah satu ujian dalam kalangan masyarakat kita.

“Kita kena ajar anak-anak kita supaya lebih bertanggungjawab dan didik mereka, ajar mereka bahawa benda ini tidak betul.

“Selagi belum berkahwin, janganlah berhubungan kelamin,” pesannya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 16-6-2024 08:57 PM
Iols dgr pun rasa sedihhh....semoga dipermudahkan utk ibu muda tu.
Quote jueaz 16-6-2024 09:01 PM
Kesian kt baby tu…budak sek skrg pun dah advance..
Quote Lolalala 16-6-2024 09:04 PM
Nasib baik berani dia nak buka buku pink. Semoga tak buang anak tu merata ya. X boleh jaga, serah elok² anak tu dengan dokumen lengkap
Quote mongoose_kidz 16-6-2024 09:29 PM
pengalaman aku, paling muda aku booking umur 14 tahun..ni kat kg.klau bndar mungkin lagi advance, ataupun budak2 bndar lebih alert ttg sexual education.reti pkai condom.paling kesiaan tgk muka mak ayah la..tgk ke budak geram
Quote green~tea 16-6-2024 09:31 PM
Nak sebak kenapa.. lantak pi lah.. bagus laa dia beranakkan anak tu semoga membesar elok2 yaa jangan jadi bangsat ehhh bohsia
Quote makita 16-6-2024 09:57 PM
green~tea replied at 16-6-2024 09:31 PM
Nak sebak kenapa.. lantak pi lah.. bagus laa dia beranakkan anak tu semoga membesar elok2 yaa jangan ...

Sebak sbb sedap berdua tapi kene tanggung sorg2 seumur hidup pulak tu. Lelaki anytime boleh lari.
Quote Momohizan 16-6-2024 09:58 PM
Tula..bila kita nak ke sekolah n uni buat kelas kesihatan seksual/pendidikan seks, tak nak bagi. Kononnya menggalakkan zina. La ni,  anak luar nikah berlambak2... salahkan akhir zaman.
Quote chrome23 16-6-2024 10:59 PM
Semoga dipermudahkan
Quote Zack8hunter 16-6-2024 11:29 PM
jap..apsal gigih nk travel jauh2? KK Segamat dah kehabisan buku pink ke hape?
Quote KakRumiMenari 16-6-2024 11:41 PM
I hanya tahan beberapa saat je tengok tiktok tu.. vibe semah harun sangat.. kenapa nak dibawangkan hal patient.. lebih baik buat content straight forward langkah2 perlu dibuat lepas dapati hamil anak luar nikah.. xpayah disoksekkan hal perempuan tu..
Quote edayildiz 17-6-2024 12:04 AM
seawal brp bln nk bkk buku pink tu ek..tiber tnya...
Quote putriTS 17-6-2024 12:19 AM
edayildiz replied at 17-6-2024 12:04 AM
seawal brp bln nk bkk buku pink tu ek..tiber tnya...

Kalau dah confirm pregnant, tak kisah brp minggu pun. Paling awal i bukak masa 7 weeks.
Quote dedek12 17-6-2024 12:20 AM
Bagus dia still sayang kat baby...
Quote Combi_ 17-6-2024 12:21 AM
Quote makbudak 17-6-2024 12:49 AM
edayildiz: seawal brp bln nk bkk buku pin ...

Selalu 3 bulan
Quote makbudak 17-6-2024 12:50 AM
putriTS replied at 17-6-2024 12:19 AM
Kalau dah confirm pregnant, tak kisah brp minggu pun. Paling awal i bukak masa 7 weeks.

Tengok klinik juga...kalau ada problem.. Lagi awai lagi bagus
Quote Ahriman 17-6-2024 01:04 AM
Edited by Ahriman at 17-6-2024 01:05 AM

Choi.
Kawan iols doktor senior rengsa dengn doctor,MA,nurse bbnu bertiktok time kerja.nk main boleh tpi jngn la waktu bekerja.
Quote Manjahati 17-6-2024 01:15 AM
Zack8hunter replied at 16-6-2024 11:29 PM
jap..apsal gigih nk travel jauh2? KK Segamat dah kehabisan buku pink ke hape?

Mungkin dia org segamat n x mau org area situ tau..pastu gi pasir gudang sbb boifriend dok situ...ajak boifriend gi buka buku pink tapi gaduh ler pulak..last last terpaksa ler gi klinik sensorang..done spekulasi
Quote Itzy 17-6-2024 03:25 AM
Zina adalah hutang. Hari ni kita berzina, esok hari anak cucu kita pula berzina atau dirogol atau dicabul. Circle dia tak akan habis. Jauhi zina, bertaubat lah dengan ikhlas jangan ulangi dosa yang sama.

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.054585 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top