CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amerika Syarikat berisiko alami gempa bumi berskala mega

12-6-2024 11:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1663| Komen: 18

Description: WASHINGTON – Sekumpulan saintis memberi amaran bahawa garisan sesar bawah laut di rantau Pasifik berisiko mencetuskan gempa bumi berskala mega di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat (AS) sekali g ...

WASHINGTON – Sekumpulan saintis memberi amaran bahawa garisan sesar bawah laut di rantau Pasifik berisiko mencetuskan gempa bumi berskala mega di sepanjang pantai barat Amerika Syarikat (AS) sekali gus meletakkan 10,000 nyawa dalam bahaya.

Akhbar Metro UK melaporkan, garisan dikenali sebagai Zon Subduksi Cascadia itu meliputi jarak hampir 965.6 kilometer di sepanjang pantai California, Oregon dan Washington serta British Colombia di Kanada.

Kini, para saintis memetakan rantau itu dalam perincian baharu sekali gus mendedahkan bahawa risikonya lebih berbahaya daripada yang disangkakan sebelum ini.

Menurut kajian pasukan saintis dari Balai Cerap Bumi Lamont-Doherty, Fakulti Iklim Universiti Columbia, keadaan terkini dilihat berpotensi mencetuskan gempa bumi bermagnitud 9 atau lebih.

Gempa bumi bawah laut seperti itu seterusnya akan mencetuskan tsunami setinggi lebih 30 meter dan membunuh lebih 10,000 orang serta menyebabkan kerosakan bernilai lebih AS$80 billion (RM377.2 bilion).


Sebelum ini, gempa bumi berukuran 9 magnitud sehingga menyebabkan tsunami dahsyat pernah melanda Jepun pada 2011 dan menyebabkan hampir 20,000 orang terbunuh. 

Sementara itu, sesar adalah satu rekahan yang terbentuk apabila dua plat daratan bergerak atau bergeser sekali gus boleh menyebabkan gempa bumi.

Ketika menjelaskan keadaan tersebut, saintis berkata, daripada menjadi satu rekahan yang berterusan, garis sesar tersebut kini terpisah kepada empat segmen. 

Ini bermakna garis sesar boleh merekah secara bebas antara satu sama lain atau bergabung. Disebabkan perbezaan jenis batu serta ciri-ciri seismik lain, sesetengah garisan mungkin lebih berbahaya daripada yang lain.

Pengarang bersama kajian itu, Profesor Harold Tobin berkata kepada saluran televisyen NBC: “Kita mempunyai potensi bagi beberapa gempa bumi dan tsunami berskala paling besar yang pernah berlaku di Bumi.” – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 13-6-2024 09:22 AM
Movie '2012'& 'San Andreas'.
Quote supernaturalee 13-6-2024 10:14 AM
Edited by supernaturalee at 13-6-2024 10:17 AM

2012 - time for miracles - adam lambert

[youtube]GkIi-xb-N90[/youtube]

san andreas - california dreamin' - sia
[youtube]0TFmncOtzcE[/youtube]
Quote testly 13-6-2024 10:33 AM
Great!!!!!
Quote BoongaKertas 14-6-2024 09:25 AM
syukur alhamdulillah.
Quote FOTHER-MUCKER 14-6-2024 10:03 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-6-2024 06:06 PM

Japan sudah bersedia!

[youtube]O8KQbZDatg0[/youtube]
VS Indonesia. Walaupun tujuan berbeza


[youtube]RnKNi61-L7k[/youtube]



Quote mojarean_X 14-6-2024 10:25 AM
Tgk.gambar tsunami jepun tu serammm giler hitam lautnya
Quote Kurex 14-6-2024 03:08 PM
yayyyyyy!!!!!
Quote green~tea 14-6-2024 05:23 PM
Bila nak jadi nya chuolz.... keep on updating yach
Quote green~tea 14-6-2024 05:40 PM
mojarean_X replied at 14-6-2024 10:25 AM
Tgk.gambar tsunami jepun tu serammm giler hitam lautnya

Air bercampur lumpur gunung berapi.. bau sulphur yang kuat...

Ada sedara i yang involved tsunami 2004... 2 minggu their whole family masuk wad sbb tertelan air lumpur tu... (masuk peparu)..
Quote Jamil_Abu 14-6-2024 05:44 PM
still waiting for Yellowstone to erupt!
Quote sharlenetexas 14-6-2024 05:57 PM
Subduction zone.


Quote mojarean_X 14-6-2024 07:45 PM
green~tea replied at 14-6-2024 05:40 PM
Air bercampur lumpur gunung berapi.. bau sulphur yang kuat...

Ada sedara i yang involved tsunami ...

Fuhh teruk juga 2 minggu masuk ward
Quote cicicumel 14-6-2024 08:13 PM
Ramalam 50 thn lepas ke sis?x jadi2 pon...
Quote Pajeri_Nenas 14-6-2024 09:01 PM
Eh hello.kita BLM sampai Banff lagi
Quote noell 14-6-2024 09:34 PM
san andreas fault ka camna??
Quote bottombikini 14-6-2024 09:46 PM
ok bila tu agak2 nye
tazabar....
Quote nw111 14-6-2024 10:36 PM
Biar habis kena sapu sampai ranap mcm depa buat kt Palestine
Quote ninja boy 15-6-2024 03:07 PM
Jetsuit or safe room

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-7-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.181361 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top