CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Andartu kian meningkat di Malaysia, trend dilihat semakin membimbangkan

16-6-2024 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21433| Komen: 250

Description: TIADA calon suami yang sesuai, masalah kewangan dan memberi tumpuan kepada kerjaya menjadi punca kebanyakan wanita kosmopolitan memilih untuk hidup bersendirian.


TIADA calon suami yang sesuai, masalah kewangan dan memberi tumpuan kepada kerjaya menjadi punca kebanyakan wanita kosmopolitan memilih untuk hidup bersendirian.

Trend wanita tidak berkahwin pada ketika ini dilihat semakin membimbangkan sekali gus memberi kesan langsung kepada tahap kesuburan.

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, kategori usia wanita antara 25 hingga 29 tahun yang belum berkahwin meningkat 37.8 peratus pada 2010 berbanding 10 tahun sebelum itu iaitu pada tahap 29.8 pada tahun 2000. Kajian mendedahkan wanita cenderung berkahwin kali pertama pada umur lewat 20-an.

Wanita secara purata berkahwin pada usia kira-kira 26 tahun dan itu adalah trend perkahwinan pertama dari 1970 hingga 2014. Terdapat beberapa faktor yang menjadikan trend wanita tidak berkahwin ini semakin meningkat dan antara faktor yang merekodkan peratusan tertinggi adalah ketiadaan calon sesuai iaitu 35.7 peratus.


Berdasarkan perangkaan umum, wanita yang berkahwin pada usia 20 hingga 22 tahun akan memperoleh kira-kira tiga orang anak. 

Manakala bagi wanita yang berkahwin pada usia 26 tahun, akan memiliki kira-kira dua orang cahaya mata. Nisbah berkenaan akan terus berkurangan jika usia wanita berkahwin semakin bertambah.

Kredit Friends Of IMPAK
Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tagas 16-6-2024 10:37 AM
@ifanonline cam biasa seulas dua selaku pengerusi andartu semalayisa
Quote Triple_8 16-6-2024 11:04 AM
Kalau filem "It" boleh membuatkan kanak-kanak menjerit ketakutan bila nampak badut, sampai Mekdi terpaksa pecat Ronald mereka, nampaknya sekarang filem "Biawak" sudah menakutkan wanita M'sia kepada perkahwinan, sampai ada yang mula mengisytiharkan perang kepada sunnah para Nabi yang ini.

فمن رغب عن سنتي فليس مني
Quote Dwdrum 16-6-2024 11:07 AM
[youtube]ULTtWUZhD9c[/youtube]
Quote sufi^_^ 16-6-2024 11:18 AM
Sebab single lagi hepi dari kawen, nak2 single yang ada kerjaya, gaji besau tak yah share, tak yah ngadap peel pasangan haprak, mentua dari melaka etc, tak yah ngadap mintak approval sapa2.
Quote ultra78 16-6-2024 11:20 AM
Ifan dah buat kajian berkenaan ini.
Quote Tinot7 16-6-2024 11:22 AM
Cantik background tu? Kat mana tu?
Quote sufi^_^ 16-6-2024 11:22 AM
Kot2 ada statistik yg absah, yang mana lagi ramai di kalangan wanita yang mengalami tekanan mental: yang dah kawen atau yang single?

Quote pestol 16-6-2024 11:23 AM
janda kian meningkat, jadi apa sumbangan mereka semua untuk biawak2 yang kehausan cinta?
Quote sufi^_^ 16-6-2024 11:24 AM
Dah tu dari pemerhatian aku, ramai wanita yang bercerai lagi hepi ceria dari masa dorang kawen & duduk dalam perkahwinan toksik.
Quote Mamidingdong 16-6-2024 12:00 PM
Elok la membujang dari tersalah pilih
Quote lo_la 16-6-2024 12:04 PM
Marriage is a gamble.
The odds of leading a happy one is very low these days. Elokla single tapi happy. Take it easy, when the right guy comes along, you’ll know. Your life, your decision. Jgn biarkan tekanan luar pushed you into an unhappy marriage.
Quote mojarean_X 16-6-2024 12:06 PM
X de jodoh di dunia dek oiii...redha je lah
Quote mojarean_X 16-6-2024 12:08 PM
tagas replied at 16-6-2024 10:37 AM
@ifanonline cam biasa seulas dua selaku pengerusi andartu semalayisa

Dia ulas pun bkn boleh membantu kebajikan andartu semalaysia pun
Quote plywood 16-6-2024 12:22 PM
tagas replied at 16-6-2024 10:37 AM
@ifanonline cam biasa seulas dua selaku pengerusi andartu semalayisa

Dipersilakan Profesor @ifanonline memberi sepatah dua kata..

Quote tagas 16-6-2024 12:46 PM
mojarean_X replied at 16-6-2024 12:08 PM
Dia ulas pun bkn boleh membantu kebajikan andartu semalaysia pun

Membantu utk membahan
Quote slavehunter 16-6-2024 01:07 PM
Tinot7 replied at 16-6-2024 11:22 AM
Cantik background tu? Kat mana tu?

Betul ker dulu Decaff kata ko andartu Tinot?
Patut la....

You spook me already. Aku yang takde penyakit pun ko create aku ada penyakit.

Quite menyeramkan.
Quote Far 16-6-2024 01:59 PM
Dekat office I pun , ramai yang perempuan lebih umir 25 tahun, masih single  tak berpunya. Reason diaorg, busy takde masa nak hangout atau bersosial sampai sangkut jadi BF.
Lagi2 ada duit sendiri, terus hilang rasa keperluan ada lelaki. Ada duit, terus rasa happy tak perlukan kasih sayang lelaki
Quote sukacactus 16-6-2024 02:09 PM
SIL aku ada 2 org late 30s dgn 40 next month tak kawin lg
Pada aku ok je diaorg hidup sdr, xnyusahkan org pun lg xmeyusahkan diri sdr membela biawak
Quote ninja boy 16-6-2024 02:10 PM
Edited by ninja boy at 16-6-2024 02:13 PM

X habis2 andartu
Sambil bini2 org bergelut kerja bini umur 30 nampak tua, anak2 buas bini jadi singa, suapkan laki kudung tangan kaki serupa oku makan dan minum, berebut laki dgn mak mertua, nak cerai x berpihak wanita sampai kena bagi rumah dan wang 1 juta baru dapat talak 3 taw

Lihat semua komen(250)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.257486 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top