CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Faisal Halim bukan ancaman JDT, dia budak baik

10-6-2024 08:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10578| Komen: 19


ISKANDAR PUTERI – Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail menyifatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim sebagai pemain yang baik dan bukanlah ancaman kepada kelabnya.

“Pertama sekali, Faisal Halim ini merupakan budak yang baik tapi saya tidak tahu peribadi dia, apa yang berlaku terhadapnya merupakan satu tindakan yang wajar kita tentang.

“Tetapi, ada apa kena mengena dengan saya? Ada pihak yang cakap Tunku Mahkota Ismail adalah ‘mastermind’.

“Faisal Halim ini cuma pemain bola sepak, tak kan orang Selangor tak boleh fikir dengan cara rasional?,” titahnya.

Beliau bertitah demikian pada sesi podcast sempena Program Johor Youth Meet-up di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, Baginda menghormati pemain kebangsaan itu yang digambarkan sebagai seorang yang peramah dan juga pemain yang berkualiti. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ayda89 10-6-2024 10:30 AM
Sangat angkuh ye tutur kata beliau dalam podcast tu. Iols rasa FH macam diperkecilkan je, dah la dia tengah sakit sekarang. Kalau dia dengar mesti rasa down
Quote SalenaGomez 10-6-2024 12:19 PM
Ok, kite take note
Quote sharlenetexas 10-6-2024 12:47 PM
Ya tuanku.


Quote BoongaKertas 10-6-2024 01:34 PM
Edited by BoongaKertas at 10-6-2024 05:36 AM

moga FH diberikan kesembuhan segera dan yg buat pedajal tu dari paling kepala hingga ke balaci diberikan azab Allah
Quote nisako 10-6-2024 02:06 PM
ok. next
Quote Neno90 10-6-2024 02:12 PM
Moga FH cepat sembuh dah boleh bermain di padang semula.
Quote stingerbumpy 10-6-2024 02:17 PM
Neno90 replied at 10-6-2024 02:12 PM
Moga FH cepat sembuh dah boleh bermain di padang semula.

Kenapa skg tetiber takda langsung update harian ttg perkembangan FH lagi? Kalau tidak,sejak dari hari pertama dia dimasukkan kedalam hospital...saban hari ada update bagai update era cobid dulu.....
Anyone?
Quote stingerbumpy 10-6-2024 02:23 PM
Utk pihak prdm,khususnya KPN...

Mengapa sepi tanpa berita setakat ini? Hari ini belum lagi nampak kelibat KPN di berita pun kheunz?

Huh..macam windu pulak...kalo tidak hari hari imbasan misai A Galak(gerak khas) nyer

[youtube]17F6ix1YOGc?si=oqqSJlzaadMvoOwF[/youtube]


Quote zuuu 10-6-2024 02:51 PM
Ayda89 replied at 10-6-2024 10:30 AM
Sangat angkuh ye tutur kata beliau dalam podcast tu. Iols rasa FH macam diperkecilkan je, dah la dia ...

Lupakah ko kisah burung helang burung pipit suatu ketika dulu???takat komen pada fh ni apalah sanggat...
Quote rashiman 10-6-2024 05:43 PM
stingerbumpy replied at 10-6-2024 02:17 PM
Kenapa skg tetiber takda langsung update harian ttg perkembangan FH lagi? Kalau tidak,sejak dari h ...



lokasi rahsia, wartawan susah nak dapat berita..
KUALA LUMPUR: Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim yang sebelum ini mengalami kecederaan melecur tahap empat akibat disimbah asid, kini ditempatkan di lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar memaklumkan keputusan untuk tidak membiarkan Faisal berehat di rumah adalah atas faktor keselamatan.
"Jadi buat masa ini di buat recovery (pemulihan) bukan di rumah, di tempat yang kelab telah tetapkan atas faktor keselamatan. Jadi kalau ada apa-apa sidang media, kemudianlah.


Quote lostnfaun 10-6-2024 06:29 PM
Ayda89 replied at 10-6-2024 10:30 AM
Sangat angkuh ye tutur kata beliau dalam podcast tu. Iols rasa FH macam diperkecilkan je, dah la dia ...

Sempat tgk dr awal podcast tue. Mcm² soalan tp ada part dia ckp nape takde org nak tny psl kes oku & FH. Mslhnya kalau salah tny kang kena mark plak.

Psl kes OKU tue, polis kena cop terlebih steroid smp pukul oku. Polis pun pening camne nak siasat kes nie.
Quote stingerbumpy 10-6-2024 06:31 PM
rashiman replied at 10-6-2024 05:43 PM
lokasi rahsia, wartawan susah nak dapat berita..


Bila rakyat speculate kes high profile melibatkan org org/gerombolan high profile tertentu ko beri amaran jgn speculate....yg gatal pantat update hari hari pun pihak berwewenang jugak...tup tup membisu skg......kalau kena carut ghasernya wajar tak?
Quote stingerbumpy 10-6-2024 06:42 PM
lostnfaun replied at 10-6-2024 06:29 PM
Sempat tgk dr awal podcast tue. Mcm² soalan tp ada part dia ckp nape takde org nak tny psl kes ok ...

Until he is able to give immunity to anyone akan apa bentuk soalan juga yg tidak akan dihangkut...then ko ghaser ada yg nak tanya soklan hypersensitive?setakat sebut boleh teima apa jua soklan....anak jiran aku yg 3 tahun pun boleh sebut
Quote stingerbumpy 10-6-2024 06:44 PM
Pemain jenis yg bagaimanakeww yg boleh dianggap sbg ancaman pada pasukannya? Did he elaborate on this?atau mungkin he can give reference pada sutuasi yg pernah dialami?
Quote edayildiz 10-6-2024 06:47 PM
baik tuanku

Quote Tunakimchi 10-6-2024 10:18 PM
Semoga FH cepat sembuh
Quote theotherfriend 10-6-2024 10:27 PM
Dalam dunia ni kifarah tu benar. Sebesar zarah dosa pun akan dibalas. Cuma pendosa je yang tahu nikmat apa yang Allah dah tarik asbab perbuatan kejinya. Not that I know siapa culprit dalam kes ni.

Iols yakin orang yang dianiaya a.k.a FH doanya tiada hijab. Semoga FH dapat keadilan di dunia dan dinaikkan darjat di akhirat.
Quote becir 10-6-2024 10:35 PM
Diam je boleh tak?
Quote lanacondor 10-6-2024 10:38 PM
BoongaKertas replied at 10-6-2024 01:34 PM
moga FH diberikan kesembuhan segera dan yg buat pedajal tu dari paling kepala hingga ke balaci diber ...

Aamiin Ya Rabbal Allamin

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.033806 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top