CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Institut Jantung Negara (IJN) di tangga ke-26 hospital pakar terbaik di Asia Pasifik

10-6-2024 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9593| Komen: 7

Description: PETALING JAYA – Institut Jantung Negara (IJN) sekali lagi diiktiraf sebagai antara hospital pakar terkemuka di rantau Asia Pasifik (APAC) apabila kini menduduki ranking ke-26 dalam senarai Hospital P ...

PETALING JAYA – Institut Jantung Negara (IJN) sekali lagi diiktiraf sebagai antara hospital pakar terkemuka di rantau Asia Pasifik (APAC) apabila kini menduduki ranking ke-26 dalam senarai Hospital Pakar Terbaik APAC 2024 oleh Newsweek.

Pencapaian tersebut juga berjaya mengubah kedudukan IJN pada tahun lalu ditangga ke-30, yang kini mendaki empat lagi anak tangga ke kedudukan ke- 26.

Jabatan Komunikasi Korporat IJN berkata, hospital itu juga berada di tangga ke 46 dalam bidang pembedahan jantung yang juga mula diperkenalkan pada ranking kali ini.

Katanya, senarai ranking Hospital Pakar Terbaik APAC 2024 itu adalah perkongsian antara majalah Newsweek dari Amerika Syarikat dan firma penyelidikan pasaran global Statista.

Ia memberi penghormatan kepada hospital khusus terkemuka di sembilan negara di rantau Asia Pasifik, iaitu Australia; India; Indonesia; Jepun; Malaysia; Singapura; Korea Selatan; Taiwan; dan Thailand.


“Untuk tahun kedua, penarafan ini merangkumi beberapa tonggak dan paling utama adalah tinjauan antarabangsa dalam talian terhadap profesional perubatan untuk mengukur reputasi penyedia kesihatan.

“Tinjauan edisi kali ini dikumpulkan daripada beribu-ribu pengamal perubatan dan pentadbir kesihatan di seluruh negara APAC antara Februari hingga April lalu dimana peserta mengesyorkan hospital dalam bidang kepakaran mereka sendiri serta bidang perubatan sekunder,”katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim berkata, pihaknya gembira dengan pengiktirafan berprestij sekali lagi yang diterima hospital itu tahun ini dan akan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik selepas ini.

“Ini membuktikan bahawa kami berada di landasan yang tepat ke arah kecemerlangan bagi penjagaan kesihatan. Kami amat berterima kasih atas dedikasi dan komitmen berterusan seluruh pasukan,”ujarnya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 10-6-2024 08:17 AM
Hai dr beni ..
Quote kakikuDibibirmu 10-6-2024 08:31 AM
Terbaik tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Quote nisako 10-6-2024 02:04 PM
wow ..ok
Quote DeLuna85 11-6-2024 07:08 PM
Ni kalau ada post dkt fb ni mau meracau indo indo sekelian alam. Tak habis2 malaydesh dia.
Quote vespa_oren 11-6-2024 07:42 PM
IJN sekarang dah swasta k?
Quote sharlenetexas 11-6-2024 07:44 PM
shernazz replied at 10-6-2024 08:17 AM
Hai dr beni ..

Masih berpunya atau menduda ke sekian kali?

Quote shernazz 12-6-2024 07:38 AM
sharlenetexas replied at 11-6-2024 07:44 PM
Masih berpunya atau menduda ke sekian kali?

Dengar cite dah solo balik kan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.061988 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top