CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tulang dipercayai kepala babi ditemui dalam tangki air

10-6-2024 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10033| Komen: 8

Description: PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa tangki air terutamanya yang berada di luar kawasan rumah khususnya di atas atap.


PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa tangki air terutamanya yang berada di luar kawasan rumah khususnya di atas atap.

Ini kerana menerusi satu perkongsian di laman sosial, seorang individu yang dipercayai tukang paip telah menemui dua ketulan tulang dipercayai kepala babi dari sebuah tangki rumah yang ingin diselenggaranya.

Berdasarkan klip video yang tular di laman media sosial itu, ketulan tulang babi itu kelihatan di dasar tangki selepas air dikeringkan.

“Lihat ini ,tangki air rumah orang di Jelebu, Negeri Sembilan.

“Kesian orang (tuan rumah), ada sifat dengki macam itulah, tak ingat dosa ke? Dosa lakukan begini sebab tangki air ini tuan rumah guna untuk mandi, ambil wuduk, gosok gigi dan kegunaan lain, kesian tuan rumah,”luah individu tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna simpati dengan nasib yang menimpa tuan rumah yang selama ini menggunakan air daripada bangkai haiwan yang haram.


“Ini semua manusia yang tak takut mati, tak takut azab neraka, lagi-lagi bangsa sendiri ada sifat dengki sesama bangsa,”tulis Ijamjalut Ijamjalut.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai John Davie.

“Dia ingat dia menang kalau buat macam itu. Padahal orang muslim sikit pun tak dosa kalau dah terpakai air itu tanpa sengaja tapi dia esok kena balasan Allah,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 10-6-2024 02:05 PM
eiii teruknye sape yg buat ni
Quote hokeypokey 10-6-2024 02:11 PM
gigih ya panjat tangki rumah orang semata2 nk letak tulang babi
Quote Neno90 10-6-2024 02:23 PM
Sapa la plak buat pedajal ni.
Quote dua_chzy 10-6-2024 02:24 PM
Kena sihir kot kan.
Quote Firenzza 10-6-2024 05:19 PM
Kalau tgok tengkorak babi tu mcm dah lama mereput, tangki pun dh melekat warna merah.......tak kan owner x perasan air bau busuk time buka pipe? Ke redho mandi air bau bangkai selama ni
Quote ultra78 10-6-2024 05:44 PM
Firenzza replied at 10-6-2024 05:19 PM
Kalau tgok tengkorak babi tu mcm dah lama mereput, tangki pun dh melekat warna merah.......tak kan o ...

Mungkin waktu campak tu memang dah tinggal tengkorak sahaja.
Quote ultra78 10-6-2024 05:45 PM

Adakah babi terbang dan jatuh ke dalam tangki air tu...
Quote any42 10-6-2024 06:46 PM
Jahatnya keje siapa la nk aniaya org mcm ni. ade kaitan dgn sihir2 ke. xde bau pelik ke air tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.039532 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top